NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan bertemu Najib sama macam poster palsu, kata setiausaha Hadi


Tidak betul. Maksud saya, ia hanya saraf yang berlegar-legar. Itu sahaja tarafnya,

PETALING JAYA: Desas desus Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini dinafikan oleh setiausaha politik presiden PAS itu.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dakwaan kedua-dua tokoh itu “bertemu empat mata” pada hari sama Majlis Syura PAS memutuskan hubungan dengan PKR hanya “berlegar di peringkat saraf”.

“Tidak betul. Maksud saya, ia hanya saraf yang berlegar-legar. Itu sahaja tarafnya,” kata Samsuri kepada FMT.

Ahmad Samsuri turut menunjukkan kepada FMT sebuah poster aturcara sambutan ulang tahun ke-71 Umno semalam, yang mendakwa kononnya Hadi akan tiba ke Stadium Bukit Jalil bersama-sama Najib, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Penafian itu menepis dakwaan seorang blogger Umno yang berkata pertemuan 4 mata antara Hadi dan perdana menteri berjalan selama 45 minit kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.

Bagaimanapun, gandingan wakil rakyat PAS dan Umno masih belum mampu memberikan jumlah kerusi yang diperlukan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Malam tadi, Najib meraikan hubungan mesra Umno dan PAS dengan memetik kata-kata Hadi yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”.

“Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.

“Hadi turut kata dalam politik boleh beza pendapat, tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara kena bersatu dan bersama,” katanya di hadapan kira-kira 100,000 yang hadir.
© all rights reserved
made with by templateszoo