NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takiyuddin tarik diri bertanding semua jawatan dalam Muktamar PAS


Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan tertinggi PAS Pusat sedia ada serta melihat keserasian dalam kepimpinan kini yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, maka saya membuat keputusan menarik diri dari bertanding untuk jawatan NAIB PRESIDEN PAS. Saya yakin komposisi sedia ada ini akan mampu membawa PAS menuju masa depan yang lebih cemerlang, khusus untuk menghadapi PRU 14 nanti.Saya juga mengisytiharkan menarik diri dari bertanding jawatan AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS Pusat bagi memberi peluang kepada calon-calon lain menawarkan diri untuk memberi khidmat terbaik mereka kepada Parti. Saya bersedia menerima sebarang jawatan lantikan yang difikirkan sesuai oleh Presiden Parti - Dato' Takiyuddin Hassan, JP.

KENYATAAN MEDIA
PENARIKAN DIRI PENCALONAN JAWATAN PAS PUSAT 2017/2019

1. Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas pencalonan saya oleh PAS Kawasan-kawasan di seluruh negara bagi jawatan Naib Presiden PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2017/2019.




2. Memandangkan saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan tertinggi PAS pusat sedia ada serta melihat keserasian dalam kepimpinan kini yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, maka saya membuat keputusan menarik diri dari bertanding untuk jawatan NAIB PRESIDEN PAS. Saya yakin komposisi sedia ada ini akan mampu membawa PAS menuju masa depan yang lebih cemerlang, khusus untuk menghadapi PRU 14 nanti.

3. Saya juga mengisytiharkan menarik diri dari bertanding jawatan AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS Pusat bagi memberi peluang kepada calon-calon lain menawarkan diri untuk memberi khidmat terbaik mereka kepada Parti. Saya bersedia menerima sebarang jawatan lantikan yang difikirkan sesuai oleh Presiden Parti dan insyaAllah akan memberikan sumbangan terbaik sekiranya diberikan amanah tersebut nanti.

Sekian, terima kasih.

Dato' Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung PAS.
Tarikh : 16 April 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo