NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lim Guan Eng Kaki Kelentong (Dan Sanggup Memburukkan Kerajaan Malaysia Di Singapura Dalam Usahanya Mengemis Dana Dari Singapura)




Apa yang dikesalkan adalah, atas tujuan untuk mendorong Temasek Holding menyalurkan dana pelaburan kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan silu malah dengan begitu bersungguh-sungguh sekali mempertikaikan keupayaan para pemimpin Kerajaan BN menguruskan ekonomi Malaysia serta memuji melangit keupayaan pemimpin Kerajaan PAP menguruskan ekonomi Singapura. - Dr. Kamarul Yusoff
Saya berkesempatan untuk mendengar sendiri di samping membuat transkripsi lengkap ke atas rakaman dialog tertutup membabitkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Mengikut keterangan Lim Guan Eng di dalam rakaman tersebut, tujuan beliau berkunjung ke Singapura pada hari itu adalah untuk cuba mendapatkan persetujuan dengan Temasek Holding, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Kerajaan PAP dengan sahamnya dimiliki oleh Menteri Kewangan Singapura (“to try to close the deals with Temasek Holding”) membabitkan satu perjanjian kerjasama bernilai RM11.3 bilion untuk membangunkan Hi-Tech Park di Batu Kawan, Pulau Pinang (“a RM11.3 billion join venture deal to develop Hi-Tech Park in Batu Kawan, Penang”).

Apa yang dikesalkan adalah, atas tujuan untuk mendorong Temasek Holding menyalurkan dana pelaburan kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan silu malah dengan begitu bersungguh-sungguh sekali mempertikaikan keupayaan para pemimpin Kerajaan BN menguruskan ekonomi Malaysia serta memuji melangit keupayaan pemimpin Kerajaan PAP menguruskan ekonomi Singapura.

Sangat mengejutkan bagi saya betapa, dalam keterujaan beliau mengutuk pemimpin Kerajaan BN ini, Lim Guan Eng, ketika menjawab soalan seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang, sanggup mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberikan walau sesen pun kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang. Dakwa Lim Guan Eng: “Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government.” (Terjemahan dakwaan Lim Guan Eng: “Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.”)

Malah, bukan setakat itu sahaja, kerana Lim Guan Eng juga menuduh BN membayar pengundi RM5,000 seorang bagi mengalahkan beliau di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Dakwa Lim Guan Eng: “You know in my constituency in the last general election they were offering votes at RM500 before, actually RM5,000 per vote. You are from Penang, you know. So they were paying voters RM5,000 per vote but yet they lost very badly.” (Terjemahan tuduhan Lim Guan Eng: “Kamu tahu dalam kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu mereka menawarkan RM500 untuk setiap undi sebelum ini, sebenarnya RM5,000 untuk setiap undi. Kamu dari Pulau Pinang, kamu tahu. Jadi mereka membayar para pengundi RM5,000 untuk setiap undi tetapi mereka kalah dengan sangat teruk.”)
© all rights reserved
made with by templateszoo