NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inilah Masanya



Parti Islam SeMalaysia akan menjadi pelakar sejarah bahawa dia adalah suara legislatif tunggal dan suara demokrasi berparlimen yang membawakan Rang Undang-undang persendirian untuk menambah kuasa Mahkamah Syariah dan hukuman untuk Undang-Undang Islam sekalipun hanya berjumlah 14 ahli.

Perbahasan RUU 355 dan Pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam dalam semua parti akan membuat “political decision” atau  “Islamic  decision” mengatasi suara dan arahan parti dan agama peribadi mereka. Ia juga masa melihat ahli –ahli parlimen bukan Islam sama ada dia berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas atau sebaliknya.
Adakah RUU 355 akan menjadi medan pengundian agenda politik atau survival politik? Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan ummat Islam seluruhnya ini adalah penentu sama ada terdapat masa depan bidangKUASA Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara.

33 tahun ummat Islam di Malaysia menunggu masa ini penuh debar sama ada wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen mewakili mereka boleh berfungsi dan benar-benar mewakili aspirasi dan boleh meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Tok Guru Presiden ! Kami semua mendoakanmu dipermudahkan Allah swt

Mumtaz Md Nawi
Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan
6/4/2017                        
© all rights reserved
made with by templateszoo