NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantah RUU355 bukti hipokrasi DAP terhadap Islam

Jika selepas apa DAP buat itu belum membuka mata umat Islam dan orang Melayu di negara ini mengenai betapa mereka membenci serta berdendam dengan agama dan bangsa kita, saya berasa sangat kecewa.


Bantahan DAP terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) membuktikan hipokrasi parti itu terhadap Islam dan Melayu. 

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata ia juga membuktikan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengetuai bantahan di Dewan Rakyat itu adalah 'pemimpin de facto' Pakatan Harapan. 

Katanya, parti lain dalam pakatan itu termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), hanya 'menikus' dalam isu berkenaan. 

"Jika benar DAP bukan parti menguasai pembangkang, saya cabar PPBM, PKR dan PAN menegur tindakan Kit Siang yang tidak putus-putus melakukan provokasi terhadap agama Islam dengan yang terbaharu melalui RUU 355. 

"Kebiadapan Kit Siang yang bangun sebelum sempat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi izin kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menggambarkan bagaimana beliau boleh menghina dewan Parlimen yang patut dihormati demi menentang institusi syariah umat Islam," katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Mengulas lanjut, Shahar berkata, tindakan keras pemimpin PKR bukan beragama Islam yang melanggar keputusan parti mereka untuk mengiktiraf hak Hadi juga menandakan bagaimana kedudukan Islam dalam pakatan pembangkang. 

"Jika selepas apa DAP buat itu belum membuka mata umat Islam dan orang Melayu di negara ini mengenai betapa mereka membenci serta berdendam dengan agama dan bangsa kita, saya berasa sangat kecewa. 

"Tindakan DAP cuba memecahbelahkan kaum majoriti iaitu Melayu untuk mendapat laluan menerajui negara akan menjadi lebih mudah kerana kita terlalu mudah dimanipulasikan parti cauvanis itu tanpa memikirkan kesan kepada nasib bangsa dan generasi muda nanti," katanya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ketika cuba membentang Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda RUU355 diganggu wakil pembangkang yang mahu menghalangnya sehingga berlaku kekecohan selama 35 minit di Dewan Rakyat. 

Mereka menggunakan pelbagai hujah memetik peraturan mesyuarat bagi menghalang pembentangan itu dan ia diketuai Kit Siang yang disokong rakannya dari DAP iaitu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selain dua wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye serta Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung. 

Abdul Hadi bagaimanapun dibenarkan oleh Pandikar Amin membentangkan RUU355 dan memberi rumusan terhadap usaha menambah baik sistem kehakiman syariah negara ini menerusinya. 

RUU355 akan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat Julai depan selepas Pandikar Amin menangguhkan sidang semalam. ---BHARIAN
© all rights reserved
made with by templateszoo