NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Malaysia Ketagih WhatsApp, FB?

Whatsapp, Google dan Facebook berada di kedudukan teratas indeks Penilaian Persepsi Wanita di Malaysia
Berbanding wanita di negara rantau Asia Pasifik lain yang dikuasai jenama peruncitan industri fesyen, wanita Malaysia sebaliknya lebih didominasi jenama internet dalam senarai 10 jenama utama.

Whatsapp, Google dan Facebook berada di kedudukan teratas indeks Penilaian Persepsi Wanita di Malaysia, malah mengatasi nama besar seperti Toyota dan iPhone di tangga keempat dan kelima.

Itu adalah hasil tinjauan ‘YouGov’s BrandIndex’ yang menjejaki persepsi jenama harian dalam kalangan wanita yang diumumkan hari ini, bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan di seluruh dunia, esok.

Lima jenama lain ialah Lazada (platform beli-belah dalam talian), Honda (automotif), Rexona (penjagaan diri), Youtube (platform media sosial) serta Dettol (penjagaan diri).

YouGov adalah firma penyelidikan pemasaran antarabangsa berasaskan internet dan berpejabat di United Kingdom dengan cabang operasinya di Eropah, Amerika Utara, Asia Barat dan Asia Pasifik.

Menurut YouGov, kedudukan senarai itu berdasarkan kiraan markah atau Penilaian Persepsi bagi setiap jenama dalam kalangan responden wanita selama 12 bulan sehingga Januari 2017.

Kiraan itu berdasarkan soalan “Adakah anda mempunyai sebarang tanggapan negatif atau positif mengenai jenama?” dan disaring agar membabitkan hanya kalangan wanita berusia 18 tahun ke atas.

Pemarkahan antara 100 sehingga -100 itu dikumpul dengan mengetepikan maklum balas negatif daripada positif dan markah sifar menandakan persamaan maklum balas positif dan negatif.

YouGov BrandIndex mengendalikan temu bual dengan ribuan pengguna setiap hari meliputi lebih enam juta temu bual setahun.

Responden pula dipilih daripada panel dalam talian membabitkan lima juta pengguna di 32 negara.

Di Malaysia misalnya, YouGov BrandIndex meliputi 250 jenama.

(myMetro)
© all rights reserved
made with by templateszoo