NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putus hubungan: PKR akui bimbang usul demi usul diluluskan PAS peringkat kawasan

Saya sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR Pusat mengikuti perkembangan dan pergolakan ini. Sudah tentu ada sedikit kebimbangan namun umumnya kita anggap ia perkembangan politik dalaman PAS dan dalam masa sama kita akan kekal sebagaimana dasar kita iaitu berhubung dengan semua parti politik khususnya pembangkang.Setakat ini tak ada cadangan atau ura-ura dalam PKR untuk putus hubungan dengan mana-mana parti pembangkang - Kamaruddin Jaafar

Ditulis Oleh Zeanaaima Mohd Yusof & W. Anis Ilyani W. M. Azhar

KUALA LUMPUR: PKR akui sedikit bimbang dengan tiga usul yang diluluskan PAS peringkat kawasan, untuk menggesa PAS Pusat memutuskan hubungan dengan partinya.

Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar bagaimanapun berkata, apa sahaja ketetapan PAS, partinya kekal dengan pendirian untuk berhubung dengan semua parti politik, khususnya pembangkang.

Terdahulu, Pemuda PAS kawasan Tumpat, PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru meluluskan usul agar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR.

"Saya sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR Pusat mengikuti perkembangan dan pergolakan ini. Sudah tentu ada sedikit kebimbangan namun umumnya kita anggap ia perkembangan politik dalaman PAS dan dalam masa sama kita akan kekal sebagaimana dasar kita iaitu berhubung dengan semua parti politik khususnya pembangkang.

"Setakat ini tak ada cadangan atau ura-ura dalam PKR untuk putus hubungan dengan mana-mana parti pembangkang," ujarnya, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Gesaan agar PAS memutuskan hubungan dengan PKR semakin lantang dilontar pemimpin akar umbinya selepas presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu akan menilai untung rugi meneruskan tahaluf siyasi dengan parti itu.

Ini kerana PKR tetap meneruskan hubungan politik dengan seteru PAS, DAP dan parti serpihannya, Amanah.

Pun begitu, Kamaruddin berkata beliau masih optimis untuk hubungan partinya dan PAS dikekalkan.

"Apa yang kita baca tentang keputusan Pemuda PAS Tumpat dan Permatang Pauh mungkin tidak memeranjatkan. Kita harus faham tahun ini tahun pemilihan di semua peringkat PAS.

"Keputusan dan usul seperti ini termasuk berkaitan PKR harus dilihat dalam konteks politik dalaman yang rancak berlaku dalam parti. Saya yakin selepas proses pemilihan selesai dengan muktamar pada hujung April, maka pimpinan tertinggi PAS akan buat keputusan dan kita semua menunggu keputusan tersebut. 

"Secara peribadi saya harap keputusan yang PAS akan buat nanti akan menguntungkan pembangkang di atas hasrat bersama, yang saya yakin masih ramai dalam PAS berpegang dengan itu... yang ingin lihat perubahan kerajaan di peringkat negara yang kita akan lakukan dalam PRU," katanya lagi. 

PAS satu-satunya parti yang akan meneruskan proses pemilihan parti dikala PKR, DAP dan Barisan Nasional (BN) menangguh acara tersebut.

Sementara Amanah tidak membuat sebarang kenyataan bersabit pemilihan parti.

Sumber gambar: http://www.thestar.com.my/~/media/online/2014/01/10/01/09/tumpatkamaruddinjaafar.ashx/
© all rights reserved
made with by templateszoo