Oleh: Izwan Abdul Halim
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan Seminar “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” pada 14 Mac ini di Hotel Marriot, Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan Seminar “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” pada 14 Mac ini di Hotel Marriot, Putrajaya.
Seminar itu mencakupi perbincangan konflik yang dialami oleh etnik Rohingya dan antara lain dalam memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku.
Seminar tersebut anjuran bersama, Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan International Federation for Relief and Development (IFRD) bermula 14 hingga 16 Mac ini.
Sementara perasmian penutup oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak
Isu Rohingya adalah isu yang semakin kritikal desawarsa ini dengan serangan menggila daripada sami Rakhine Buddhist dan tentera Burma.
Ianya juga menjadi sebab utama seminar ini dilakukan bagi meletakkan tekanan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembersihan etnik terhadap etnik Rohingya.