NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perjuangan PAN Sama Dengan Perjuangan TGDNAA?



Salah satu cara paling mudah untuk mengetahui sama ada perjuangan PAN adalah penerusan perjuangan TGDNAA ialah dengan membandingkan sudut pandang kedua-dua pihak dalam salah satu isu semasa di negara ini, iaitu isu rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) - Dr Kamarul Zaman Yusoff

Ketika mengumumkan penganjuran Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGDNAA) oleh Parti Amanah Negara (Amanah) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 19 April depan, Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir, mendakwa perjuangan Amanah adalah penerusan perjuangan TGDNAA.

Salah satu cara paling mudah untuk mengetahui sama ada perjuangan PAN adalah penerusan perjuangan TGDNAA ialah dengan membandingkan sudut pandang kedua-dua pihak dalam salah satu isu semasa di negara ini, iaitu isu rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).



Dilaporkan dalam media massa bahawa TGDNAA menyebut pada 11 April 2014 mengenai betapa semua Ahli Parlimen yang beragama Islam wajib menyokong RUU 355 ini. Inilah juga yang disebut kemudiannya oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malangnya, apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyebut perkara sama yang disebut oleh TGDNAA, serta merta PAN melalui Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, mempersoalkan kenyataan ini.

Pengarah Strategi PAN, Dr Dzulkefly Ahmad, pula mempersoalkan terus tindakan PAS mengemukakan RUU 355 ini dengan menyatakan ia tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat ibarat tindakan seorang doktor yang salah membuat diagnosis penyakit.

Jadi di manakah samanya perjuangan PAN dengan perjuangan TGDNAA?
© all rights reserved
made with by templateszoo