Pandangan kami, FGV perlu dikeluarkan daripada BSKL. Biarlah FELDA beroperasi seperti sebelumnya. Felda mesti dan perlu fokus kepada sektor perladangan dan bukannya yang lain seperti sekarang. Kewujudan FIC pula perlu dikaji semula kerana FELDA hanya perlu fokus kepada fungsi utamanya sahaja iaitu membangunkan sektor perladangan serta memberi khidmat sosial kepada para peneroka dan warganya.- Ustaz Roslan Md Esa, Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan(GENERASI)
GENERASI sejak dari awal lagi telah mencadangkan agar satu rombakan besar-besaran di lakukan terhadap pengurusan FELDA. Generasi bersetuju dengan cadangan Tan Sri Shahrir Samad ketika bersiaran di TV3 beberapa bulan lalu dimana FELDA perlu di struktur semula agar kegemilangan FELDA bersinar kembali, namun semua itu mesti mengikut landasan asal matlamat penubuhan FELDA itu sendiri.
Maka, dengan adanya cadangan dari Pengerusi FELDA yang baru ini supaya di lakukan penstukturan semula, ianya mengesahkan bahawa FELDA sememangnya sangat bermasalah dan ternyata disalah gunakan oleh pihak - pihak yang berkepentingan. Oleh itu sangat wajarlah agar mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan salahguna kuasa diheret kemuka pengadilan untuk diadili dengan sewajarnya dan di hukum jika di dapati bersalah.
PAS sejak dari awal lagi membantah cadangan penyenaraian FGV di BSKL.
Sebelum berlakunya penyenaraian FGV pada tahun 2012 dan sebelum orang politik di posisikan sebagai peneraju FELDA, FELDA begitu berjaya di persada dunia korporat sehingga agensi tanah ini menjadi konglomerat mashyur yang berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.
Di antara faktor utamanya ketika itu ialah Pengerusi FELDA YM Tan Sri Muhammad Raja Alias. Beliau sangat komited, jujur dan amanah dengan tugasnya yang selama 3 dekad membangunkan Agensi FELDA dengan penuh dedikasi. Maka tidak hairanlah ketika itu, beliau mendapat gelaran sebagai arkitek FELDA. YM Tan Sri Muhammad Raja Alias tidak mempunyai kepentingan politik di FELDA, FELDA di bawah seliannya ketika itu sangat cemerlang dan wajar mendapat pujian di atas kejayaannya.
Terdapat 3 entiti utama Felda waktu itu : FELDA, KPF dan FHB dan ternyata setiap entiti ini saling mendokong dan mempunyai kaitan di antara satu sama lain bagi memenuhi matlamat asal penubuhan FELDA.
Bagi memastikan setiap peneroka mendapat hasil di atas sumbangan mereka, maka Koperasi Permodalan Felda (KPF) ditubuhkan. KPF berperanan mengumpulkan dana daripada warga FELDA dan peneroka. Dana ini disalurkan dalam bentuk perkongsian saham di dalam KPF. KPF mempunyai saham sebanyak 51% di dalam FHB manakala FELDA hanya memegang saham sebanyak 49% sahaja.
Ternyata sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun KPF berjaya memberi pulangan yang baik dan menggembirakan peneroka. Sekarang semuanya hanya menjadi kenangan manis apatah lagi sekarang ia menjadi igauan ngeri buat seluruh warga peneroka FELDA.
Pandangan kami, FGV perlu dikeluarkan daripada BSKL. Biarlah FELDA beroperasi seperti sebelumnya. Felda mesti dan perlu fokus kepada sektor perladangan dan bukannya yang lain seperti sekarang. Kewujudan FIC pula perlu dikaji semula kerana FELDA hanya perlu fokus kepada fungsi utamanya sahaja iaitu membangunkan sektor perladangan serta memberi khidmat sosial kepada para peneroka dan warganya.
Mengembalikan Kegemilangan FELDA adalah impian semua pihak khasnya warga peneroka dan generasi FELDA. Jika kita serius ingin menyelamatkan FELDA, suatu keputusan berani mesti dilakukan pada PRU yang akan datang, di mana tampuk pemerintahan kerajaan UmnoBn mesti di tamatkan riwayatnya serta pemerintahannya.
PAS bersedia memimpin perubahan ini, perubahan yang mampu mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat terutamanya warga FELDA. Terdapat 54 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen yang ada padanya FELDA, undi peneroka dan generasinya sangat penting untuk melakukan perubahan. Perubahan yang bakal mengembalikan semula kegemilangan FELDA serta membela nasib dan masa depan setiap peneroka. PAS bersedia bersama - sama warga FELDA untuk memimpin serta meneraju perubahan untuk masa depan yang lebih makmur dan gemilang.
" Memangkin Impian Generasi"
Ustaz Roslan Md Esa
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan(GENERASI)