NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa DAP Sibuk Hendak Tentukan Masa Depan PAS?





Semalam, Lim Kit Siang meramalkan PAS akan kalah teruk pada PRU 14 apabila bersendirian.

Dia memperlekehkan Tuan Guru Presiden PAS kerana katanya PAS berfantasi sahaja apabila mahu memerintah 5 negeri dan 40 kerusi Parlimen.

Hari ini, si anaknya pula, Lim Guan Eng meramalkan PAS akan bergabung dengan UMNO-BN pada PRU 14 nanti.

Dia juga mendesak PAS segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin bersama Pakatan Harapan.

Hairan sungguh dengan parti anak-beranak ini.

Mengapa begitu sibuk dengan masa depan PAS?

Bukankah DAP memang amat mengimpikan kehancuran PAS?

Jadi, tidak perlulah hendak menjadi penasihat mencatur halatuju PAS

Jagalah parti sendiri dan anak didik kesayangan kamu itu.

Kelihatannya begitu ramai pak nujum dan penganalisis masa depan PAS pada PRU 14 sehingga mereka terlupa untuk meramal nasib PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Harapnya, jangan pula nanti terhegeh datang merayu meminta bantuan, laluan dan jentera Parti Tok Lebai.

Yelah, apabila belum menang manis sahaja mulutnya.

Apabila sudah nikmat berkuasa, terus lupa siapa teman yang membantunya ketika susah dahulu?

Jentera PAS yang digelar 'walaun' inilah yang taat kepada arahan pimpinan untuk membantu parti rakan tahalluf.

PAS yang dihina inilah dulunya telah menawarkan logo bulan dipinjam kepada DAP yang berdepan masalah dengan ROS pada PRU 13 dulu.
© all rights reserved
made with by templateszoo