Tidak sampai seminggu pun selepas Pakatan Harapan (PH) mengetahui berkenaan cadangan Mahathir untuk membuat satu logo, simbol dan manifesto yang sama, akhirnya DAP membuat keputusan menolak cadangan itu.
DAP tolak tanpa ada mesyuarat pun. Mengenepikan langsung mesyuarat yang Wan Azizah adakan pada Isnin lalu. Itulah kuasa DAP, parti yang banyak kerusi dalam Pakatan Harapan.
DAP menolaknya kerana jika PH bergerak sebagai satu gabungan rasmi, mereka perlu menerima keputusan secara konsensus seperti apa yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN).
Perlu ada Ketua PH dan Timbalan PH, siapa yang jadi ketua dan timbalan ketua sudah pasti adalah calon PM dan TPM. DAP sudah pasti mahu jadi ketua dan bukan sekadar timbalan sahaja.
Mahathir pula sudah pasti tidak setuju jadi begitu. Anwar Ibrahim lagilah tidak setuju. PAN pula akan sokong DAP. Kemelut akan jadi teruk jika PH didaftar secara sah.
Kemudian, dengan mempunyai logo yang sama ini juga, perlu ada satu parti yang mengetuai pakatan. Sedangkan DAP lebih selesa dengan keadaan sekarang dimana tiada ketua atau tuan tapi orang tahulah DAP yang memimpin kerana jumlah kerusi mereka lebih banyak.
Jika parti dominan membuat keputusan atas satu-satu perkara sepertimana UMNO dalam BN hari ini, parti lain dalam komponen yang sama perlu menurut. Ini yang DAP tidak mahukan kerana itu bermaksud gerak kerja politik mereka akan dikawal selia secara tidak langsung.
DAP mahu mereka dilihat sebagai parti yang menentukan ke mana hala tuju pembangkang. Senang bergaduh dalam tikam parti lain dengan tiadanya parti, logo dan perlembagaan sama yang mengikat.
Seperti di PRN Sarawak, DAP buat hal sendiri tanpa peduli pun PKR. Di Selangor pun sama, DAP amal sikap berlainan terhadap PAS dan PAN. Strategi DAP boleh diubah ubah sesuka hati oleh mereka tanpa ada peraturan yang mengikatnya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata cadangan untuk meniru politik gaya BN sepatutnya tidak boleh ditimbulkan semula kerana PH sememangnya mengambil keputusan secara bersama dalam apa juga keadaan.
“Memang dalam PH kita buat keputusan melalui perbincangan. Selepas kita kerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), semangat ini akan diteruskan tidak timbul kita akan ikut acuan BN tetapi dalam PH memang budaya sebegitu sudah dibentuk,” katanya dalam satu sidang media di parlimen semalam.
Kenyataan itu menunjukkan keinginan DAP untuk mengekalkan keadaan sedia ada dalam PH. Jika keadaan sedia ada dikekalkan, itu membawa maksud hanya DAP yang akan memimpin, yang lain ikut saja tanpa banyak pilihan untuk berkata apa.
Kesimpulannya, sebagai pemimpin yang pernah menjadi musuh DAP, jelas sudah Mahathir dan partinya diterima hanya untuk menjadi saingan kepada UMNO semata-mata, bukan mengubah Pakatan menjadi apa yang diingininya.
Mahathir sudah kena "screw" dengan DAP berkaitan logo ini. DAP dah tunjuk kuasa. Kit Siang senyum sahaja membiarkan apa yang diputuskan oleh Anthony Loke. DAP adalah "king maker" dalam pembangkang, bukannya Mahathir.