NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penulisan Tidak Beretika Ahmad Lutfi Othman

Saya terkejut bila membaca bagaimana Ahmad Lutfi tergamak mendedahkan perbualan santai peribadinya dengan "seorang pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", "terutama tentang kesihatan" ke khalayak umum. -  Dr Kamaruzaman Yusoff, UUM.

Tulisan bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Momentum kedua perpecahan besar PAS", di dalam portal berita Malaysiadateline hari ini, 27 Februari 2017, pada hemat saya, adalah satu tulisan yang tidak beretika.

Saya terkejut bila membaca bagaimana Ahmad Lutfi tergamak mendedahkan perbualan santai peribadinya dengan "seorang pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", "terutama tentang kesihatan" ke khalayak umum.

Tidak sukar bagi sesiapa yang tidak terlepas dari mengikuti tulisan mahupun permasalahan kesihatan Ahmad Lutfi untuk meneka dengan tepat identiti "pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", yang beliau petik perbualannya ini.

Menggunakan nama "ulama terkenal", yang tidak lagi dapat mempertahankan diri kerana telah berpindah ke alam lain, untuk menimbulkan persepsi negatif kepada mana-mana pihak, apatah lagi kepada diri beliau sendiri, adalah tidak wajar.

Pohon maaf, hilang penghormatan saya kepada Ahmad Lutfi hari ini.

Petikan Tulisan Ahmad Lutfi Othman

Sejurus selepas program pemukiman PAS Pusat di sebuah hotel di Kuala Selangor, hampir tiga tahun lalu, saya berkunjung ke kediaman seorang pimpinan tertingginya, yang juga seorang ulama terkenal. Kami bersembang santai, terutama tentang kesihatan. Menyentuh soal polemik dalaman parti yang kecoh ketika itu, tokoh berkenaan membayangkan kemungkinan Pas mencari sekutu yang baru, meninggalkan Pakatan Rakyat.

Saya bertanya, mungkinkan PAS kembali bertanding solo? Jawabnya, kalau PAS berseorangan, yang pasti semua kerusi di Johor dan Selangor akan kalah. Maknanya, beliau menyedari keperluan membentuk pakatan yang baru. Saya tidak rasa yang dirujuknya adalah Blok Ketiga, iaitu persefahaman bersama parti kecil, Ikatan, yang membentuk Gagasan Sejahtera, yang belum pun wujud ketika itu.

Ditanya lanjut, apakah pakatan baru dengan Umno. Jawabnya sambil tersenyum, tidak semestinya.

© all rights reserved
made with by templateszoo