NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan cuti peristiwa 19 Feb, Ahad

Cuti itu untuk memberi peluang kepada penduduk negeri ini untuk bersama-sama menyertai perhimpunan 355.


Kota Bharu: Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat exco, hari ini.

Katanya, cuti itu untuk memberi peluang kepada penduduk negeri ini untuk bersama-sama menyertai perhimpunan itu.

“Pada masa yang sama kita mahu pastikan mereka yang menyertai himpunan itu dapat pulang ke negeri ini dengan selamat.

“Oleh itu, kerajaan negeri umumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa di negeri ini,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Himpunan RUU Akta Mahkamah Syariah di Dataran Merdeka, sebaliknya meluluskan perhimpunan di Padang Merbok pada 18 Februari. ---myMetro
© all rights reserved
made with by templateszoo