Ketika didekati ternyata dia sudah meninggal dunia. Ketika solat Isyak dia kelihatan biasa saja.
Jawa Timur: Pemandi jenazah, H Miftah Arifin dari Malang, di
sini, meninggal dunia dalam keadaan sujud pada rakaat terakhir ketika solat
sunat selepas solat Isyak, Selasa lalu.
Berdasarkan maklumat yang diterima Suryamalang.com daripada cucu
Allahyarham iaitu Taufik, datuknya itu meninggal dunia di Masjid Jami’
Babussalam.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa usia Allahyarham dan
meninggal dunia kerana sakit apa.
Jemaah masjid berkata, ketika petugas masjid hendak menutup
pintu masjid, Allahyarham masih dalam keadaan sujud.
“Ketika didekati ternyata dia sudah meninggal dunia. Ketika
solat Isyak dia kelihatan biasa saja,” katanya.
Kejadian itu tular di laman sosial sehingga hari ini dan
mengundang simpati dan insaf dalam kalangan netizen
(myMetro)