Lima cedera selepas terkena letupan bunga api pada sambutan malam tahun baharu 2017
KLANG: Lima cedera selepas terkena letupan bunga api pada
sambutan malam tahun baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, tengah
malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, keadaan
menjadi kelam kabut selepas bunga api yang diguna untuk pertunjukan bagi
menyambut tahun baharu meletup sebelum sempat ke udara sehingga terkena
penonton yang menyaksikannya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul,
berkata pihaknya dimaklumkan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di
kompleks berkenaan.
"Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam
sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan
ke lokasi.
"Pada masa ini, seramai lima mangsa dikejarkan ke
Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang dan sedang mendapatkan maklumat
lanjut mengenai kejadian," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229077