Lim Kit Siang cuba membangkitkan sentimen kebencian terhadap parti-parti komponen Barisan Nasional berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
PETALING JAYA: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup
memberi amaran kepada DAP dan penasihatnya, Lim Kit Siang untuk tidak
menggalakkan 'pelampau politik' di Sabah.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara itu
menuduh ahli politik veteran DAP itu cuba mencemarkan hati dan minda rakyat
Sabah dengan sifat kebencian politik.
Maklum
balas itu diberikan susulan kunjungan Kit Siang ke Pensiangan, kawasan Parlimen
Kurup baru-baru ini, di mana beliau didakwa cuba untuk membangkitkan sentimen
kebencian terhadap parti-parti komponen Barisan Nasional berhubung Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU
355.
"Ahli-ahli
politik seperti Lim Kit Siang seolah-olah tiada batasan apabila sanggup
melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya untuk mengembangkan pengaruh DAP di
Sabah tercapai, walaupun tindakannya itu menggalakkan ekstremisme politik di
Pensiangan yang tenang dan aman ini.
"Untuk
makluman, saya ingin mengingatkan Lim bahawa rakyat Sabah mungkin baik hati,
tetapi kami tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip teras kami yang menolak
segala macam pelampau politik dan agama dari mana-mana parti, terutamanya parti
politik dari Semenanjung seperti DAP yang tidak pernah menjadi faktor positif
dalam demografi politik di Sabah," kata Kurup dalam satu kenyataan pada
Sabtu.
Dalam
posting blognya minggu lepas, Kit Siang mencadangkan 'Formula Pensiangan' untuk
menangani 'kebuntuan politik dan perlembagaan' yang tercetus daripada cadangan
pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah).
Kurup
juga mencabar DAP dan Kit Siang untuk menunjukkan sumbangan parti itu kepada
rakyat Sabah dan Pensiangan dalam beberapa dekad yang lalu.
"Mungkin
dia boleh mula dengan menyenaraikan apa yang telah dilakukan untuk pengundi di
Gelang Patah yang memilihnya sebagai ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu
kerana dia adalah seorang hakim yang baik terhadap rekod perkhidmatan ahli-ahli
Parlimen lain," kata Kurup.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/07/kurup-amaran-dap/