NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sejarah baru terukir di Istana Negara hari ini


Satu-satunya Sultan di Malaysia yang menukar seruan 'Daulat Tuanku' kepada kalimah "Allahu Akbar" supaya pelafaznya mendapat pahala. 

Buat pertama kali dalam sejarah istiadat di Istana Negara... 

1) Kedudukan isteri2 jemaah menteri sepenuhnya diasingkan.

2) Kedudukan PM diletakkan sekali dgn kedudukan jemaah menteri yg lain.

3) Kerusi PM tidak bersama dgn isteri beliau.

4) Perarakan DYMM tidak diiringi walau seorang perempuan.


5) Sejurus perisytiharan pemasyuran Sultan Kelantan sebagai YDPA, Datuk Paduka Maharajalela melaungkan kalimah suci ALLAHU AKBAR.


Al SULTAN KELANTAN Sultan Mohammad V: 

Satu-satunya Sultan di Malaysia yang menukar seruan 'Daulat Tuanku' kepada kalimah "Allahu Akbar" supaya pelafaznya mendapat pahala. Sultan yang bukan sahaja 'Berjiwa Rakyat' tetapi juga "Berjiwa Agama". Sangat menghormati para Alim Ulama dan Menyokong Perlaksanaan Hudud. Berdoa sudah menjadi kegemarannya. Berjubah dan berkopiah sudah menjadi kebiasaanya. 

Dialah Raja dan Dialah Imam. Berasal dari Bumi Serambi Mekah. Dialah Raja yang rakyat dari berbagai negeri di Malaysia pun merasa kasih dan sayang padanya.  

Semoga Allah Ta'ala memberkati dan memanjangkn usia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. DYMM Yang Di-Pertuan Agung Malaysia ke 15.  

Semoga Malaysia aman damai dan makmur.

Aamiin

Allahu Akbar!
© all rights reserved
made with by templateszoo