NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit kini 4.48, terendah sejak krisis kewangan 1998

Ringgit mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998 iaitu RM4.48 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset pasaran membangun.
Matawang tempatan, ringgit mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998 iaitu RM4.48 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset pasaran membangun.

Keadaan aliran keluar itu turut diburukkan lagi dengan tindakan yang disifatkan keras oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas spekulator mata wang pada bulan lalu, memetik laporan Bloomberg.

Ringgit menyusut sebanyak 0.1 peratus ke tahap yang tidak pernah disaksikan semenjak bulan Januari 1998, menurut beberapa harga dari bank-bank tempatan yang dikumpul Bloomberg.

Ringgit telah mengalami penyusutan lebih 6 peratus semenjak pilihan raya AS dengan menjadi penurunan terbesar di pasaran Asia membangun atas jangkaan bakal Presiden AS, Donald Trump akan memperkenalkan dasar fiskal berteraskan inflasi sehingga mendorong aliran keluar dari rantau ini.

“Ia merupakan pertemuan relatif penurunan dalam metrik tunai, pegangan asing dalam bon yang semakin terjual, kebimbangan pelabur mengenai kawalan FX dan risiko politik atau tajuk asas,” kata Vishnu Varathan, ahli ekonomi kanan di Mizuho Bank Ltd di Singapura.

Beberapa hari yang lalu, Wall Street Journal melaporkan, Malaysia dilaporkan menjadi salah satu daripada ekonomi di rantau Asia yang paling teruk terjejas ekoran kenaikan kadar faedah dan dolar AS.

Para pelabur asing menjual saham dan bon Malaysia bernilai AS$5.3 bilion pada bulan November, menjadi aliran keluar bulanan terbesar sejak September 2011, menurut ANZ Bank, katanya.

“Ia hampir satu perempat daripada AS$22.1 bilion yang ditarik keluar dari pasaran membangun di rantau ini termasuk China,” mengikut catatan WSJ.

Sebahagian besar daripada ini, ujar laporan itu, adalah bon bernilai AS$4.5 bilion dengan aliran keluar hutang bulanan terbesar dalam sejarah, jelas ANZ lagi.

Ia ekoran prestasi ringgit yang terus merudum setelah kehilangan keyakinan pasaran dalam kedudukan kewangan negara dengan skandal 1MDB skandal menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah itu.

“Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menyokong mata wang, ringgit kehilangan 6.5 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak pilihan raya AS, mencecah tahap rendah hampir 19 tahun pada 30 November.

“Pada hari Khamis, mata wang terus melemah sebanyak 0.9 peratus ekoran pengumuman Rizab Persekutuan mengenai kenaikan kadar faedahnya yang pertama kali pada 2016,” ujar WSJ.


© all rights reserved
made with by templateszoo