NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perjuangan Rasulullah Wajib Diteruskan

Menyaksikan penindasan hebat ke atas saudara Islam di luar sana, kita sepatutnya bersatu menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan sama-sama menempuh ujian demi mempertahankan wahyu Allah SWT.
Oleh: Farouk Hamzah
Sirah mencatatkan Abu Lahab antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran anak saudaranya; iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sempena meraikan kegembiraan tersebut, Abu Lahab telah mengorbankan 100 ekor unta dan memerdekakan beberapa orang hamba antaranya Thuwaibah yang kemudian menjadi ibu susuan Nabi Muhammad SAW.
Masa terus berlalu dan sewaktu Nabi SAW berdakwah di bukit Shafa, Nabi SAW menyeru pengikutnya dengan berkata, “maka pada hari ini aku ingin isytiharkan bahawa aku adalah utusan Allah.”
Selepas pengisytiharan tersebut, Abu Lahab lantas bangun dan berkata, “Tabballaka ya Muhammad…”; yang bermaksud “celakalah kamu wahai Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?”
Selepas peristiwa itu, Abu Lahab dan isterinya sering menyakiti Rasulullah SAW dengan pelbagai cara.
Rasulullah SAW dicaci, dihina serta dilemparkan kotoran ke atas tubuh mulia baginda dan sebagainya.
Maka Allah menurunkan ayat Al-Quran dari surah Al-Masad yang berbunyi:-

ŲŖَŲØَّŲŖْ ŁŠَŲÆَŲ§ Ų£َŲØِŁŠ Ł„َŁ‡َŲØٍ ŁˆَŲŖَŲØَّ

Maksudnya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.”
(Surah Al-Masad, ayat 1)
Maka celakalah Abu Lahab; bukan Nabi Muhammad SAW yang celaka. Jika dahulu Abu Lahab orang yang paling gembira, tapi kini dialah orang yang menjadi penentang utama perjuangan baginda SAW dalam menegakkan Islam.
Jika direnung fenomena hari ini, ramai kononnya mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tapi pada masa sama mereka jugalah yang menentang syariat Islam.
Golongan tersebut jugalah yang menjadi antara penentang terhebat jika hukum Allah hendak dilaksanakan.
Ada dalam kalangan mereka mengatakan hukum Allah sudah tidak relevan, hukum itu tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, jumud dan sebagainya. Maka di mana bukti cinta kepada baginda SAW?
Menyaksikan penindasan hebat ke atas saudara Islam di luar sana, kita sepatutnya bersatu menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan sama-sama menempuh ujian demi mempertahankan wahyu Allah SWT.
Iman kita seharusnya dibuktikan dengan kesungguhan berjuang menegakkan agama Allah. Kembalilah kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu;

Ų„Ł‚Ų§Ł…Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ³ŁŠŲ§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŲØŁ‡

Mendirikan dan memelihara Islam serta mentadbir dunia dengan Islam.
Salam Maulidurrasul 1438H

(http://ulamasedunia.org/2016/12/12/perjuangan-rasulullah-wajib-diteruskan/)
© all rights reserved
made with by templateszoo