NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAN Parti 'KAWAN Makan Kawan'


Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. 

Oleh: Nurul Islam Mohamed Yusoff 
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB).

Ucapan Sdr. Sany Hamzan, Ketua Pemuda PAN dalam Konvensyen Nasional PAN semalam (link : https://youtu.be/qruwoVFtPqM) yang menyatakan bersedia meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh YB. Tian Chua (PKR) jelas menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak semangat setiakawan sebaliknya mengamalkan sikap 'kawan makan kawan'.

Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini. 

Sdr. Sany Hamzan turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN sebelum ini yang menyatakan akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Ia jelas menunjukkan bahawa PAN sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS, bukannya untuk memberikan saingan kepada BN.

Barangkali PKR juga sudah mula boleh membuat pertimbangan untuk meneruskan hubungan dengan parti kawan makan kawan seperti ini. Jangan nanti menyesal di kemudian hari akibat dikhianati oleh mereka. 

Jika benar PAN mempunyai kekuatan untuk menang di Parlimen Batu dan sungguh-sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan YB. Tian Chua tentang keperluan sokongan PAS untuk memenangi Parlimen Batu, saya mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang.


© all rights reserved
made with by templateszoo