NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mulvec ruang untuk mahasiswa berkarya

Sudah tiba masanya mahasiswa mempunyai daya pemikiran yang lebih jitu dalam menerima setiap fakta yang disebarkan selain berfikir secara analitikal setiap dasar yang dikemukakan oleh kerajaan.

Pengarah muda, Syafiq Yusof berkata, platform berkenaan perlulah diambil oleh mahasiswa bagi mengetengahkan idea-idea kreatif melalui penghasilan video yang artistik.

“Sudah tiba masanya mahasiswa mempunyai daya pemikiran yang lebih jitu dalam menerima setiap fakta yang disebarkan selain berfikir secara analitikal dan melihat kebaikan setiap dasar yang dikemukakan oleh kerajaan.

Pertandingan ini diharap membantu memperbetulkan persepsi negatif setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan disamping menyebarkan perkara sebenar kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan termasuk politeknik dan kolej komuniti berpeluang memenangi RM10,000 dengan menghasilkan video multimedia terbaik menerusi pertandingan itu yang diadakan sebanyak tiga siri sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Siri pertama yang bermula 1 Disember lalu hingga 15 Februari 2017 turut menawarkan hadiah RM5,000 untuk tempat kedua, RM3,000 (ketiga) dan 10 hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM1,000 dengan secara keseluruhan menawarkan hadiah tunai terkumpul RM84,000.

Sebanyak lima tema ditetapkan dalam setiap siri dan setiap karya penyertaan perlu dihasilkan selari dengan tema tersebut.

Menurut Syafiq, mahasiswa tidak perlu takut untuk melakukan kesilapan dalam penghasilan video atau filem kerana melalui pengalaman mereka mampu menghasilkan ‘buah tangan’ yang menarik jika digilap dengan betul.

Senada, pengarah filem, Razaisyam Rashid menyifatkan pertandingan itu mampu membuka pintu rezeki dan peluang kepada anak muda untuk menceburi industri kreatif yang kini semakin mencabar.

Mengambil contoh pengalamannya sendiri, penyertaan dalam program televisyen, Nescafe Kick Start pada 2007 menjadi titik permulaan dalam kariernya sebagai pengarah filem lantas dengan peluang seperti itu memberi keyakinan kepada golongan muda untuk fokus menghasilkan idea-idea yang kreatif.

“Kerjasama kementerian dan Utusan bakal memberi nafas baharu dalam industri ini bagi melihat idea-idea yang baharu dan segar dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan.

“Jangan takut untuk menyertai pertandingan seperti ini kerana mungkin ini adalah lubuk rezeki anda untuk mengorak langkah pertama ke hadapan untuk berada sama tinggi dengan pengarah terkenal lain,” katanya – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/pendidikan/mulvec-ruang-untuk-mahasiswa-berkarya-1.419873

Kredit Photo - Sinar.FM
© all rights reserved
made with by templateszoo