Kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah HARUS dan perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan
Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Ini menjadikan kami terpanggil untuk menekuni isu ini dan membuat sedikit bahth al-‘ilmi dalam kerangka fiqh mu’asir (kontemporari) yang diistinbatkan daripada nusus syar’iyyah serta maslahat dan fiqh waq’ie (semasa). Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan tajuk seperti di atas.
Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam. Ia juga seringkali menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mepunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.
Melihat kepada kepentingan isu ini dalam kalangan umat Islam, kami cuba menghuraikan permasalahan ini dengan ilmiah dan melampirkan jawapan yang tuntas bagi permasalahan ini.
Islam Agama Rahmat
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu sendiri datang untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT:
ŁَŁ
َŲ§ Ų£َŲ±ْŲ³َŁْŁَŲ§Łَ Ų„ِŁَّŲ§ Ų±َŲْŁ
َŲ©ً ŁِŁْŲ¹َŲ§ŁَŁ
ِŁŁَ
Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”(Surah al-Anbiya’: 107)
Dr. ‘Aid al-Qarani dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah.
Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman.
Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain.
Baginda SAW membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas:
ŁَŁُŁŁُŁŲ§ ŁِŁŁَّŲ§Ų³ِ ŲُŲ³ْŁًŲ§
Maksudnya: “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.”(Surah al-Baqarah: 83)
Al-Maraghi berkata: “Oleh sebab itu, dalam memenuhi hak setiap anggota umat atau seluruh manusia memadailah dengan pergaulan dan perkataan yang baik, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan perbuatan lain bermanfaat di dunia dan akhirat.”[1]
Firman Allah SWT:
Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ£ْŁ
ُŲ±ُ ŲØِŲ§ŁْŲ¹َŲÆْŁِ ŁَŲ§ŁْŲ„ِŲْŲ³َŲ§Łِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan…”(Surah al-Nahl: 90)
Sayyid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: “Ihsan mempunyai pengertian yang amat luas. Setiap perbuatan yang baik adalah ihsan belaka. Perintah berbuat ihsan dalam ayat itu merangkumi segala perbuatan dan muamalah. Ia merangkumi segala ruang kehidupan yang berkaitan dengan hubungan-hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan dengan keluarganya, hubungan dengan masyarakatnya dan hubungan dengan seluruh manusia yang lain.[2]
Definisi Merry Christmas
Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan). [3]
Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik)[4]. Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - CrÄ«stes yang merujuk kepada Jesus Christ[5] dan mƦsse iaitu sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik[6]. Mass juga merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation. Ia berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia digunapakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata: Ite missa est ataupun boleh difahami dengan maksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass is ended. Go in peace).”[7]
Oleh itu, CrīstesmƦsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ. Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novellanya yang terkenal, A Christmas Carol.[8]
Populasi Penganut Kristian di Malaysia
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.[9] Ia meliputi beberapa aliran dalam Kristian iaitu Anglican, Baptist, Brethren, gereja-gereja tanpa aliran khusus, gereja-gereja Karismatik, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Catholic[10]. Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya.
Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence)
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
ŁَŲ§ Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ُ Ų„ِŁَّŲ§ Ų®َŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ Ų°َŁَŲ±ٍ ŁَŲ£ُŁْŲ«َŁ ŁَŲ¬َŲ¹َŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ Ų“ُŲ¹ُŁŲØًŲ§ ŁَŁَŲØَŲ§Ų¦ِŁَ ŁِŲŖَŲ¹َŲ§Ų±َŁُŁŲ§
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”(Surah al-Hujurat: 13)
Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.[11]
Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara.
Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka.
ŁَŲ„ِŁَŁ Ų«َŁ
ُŁŲÆَ Ų£َŲ®َŲ§ŁُŁ
ْ ŲµَŲ§ŁِŲًŲ§
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.”(Surah al-A’raf: 73)
ŁَŲ§ŁُŁŲ§ Ų£َŲ±ْŲ¬ِŁْ ŁَŲ£َŲ®َŲ§Łُ ŁَŲ§ŲØْŲ¹َŲ«ْ ŁِŁ Ų§ŁْŁ
َŲÆَŲ§Ų¦ِŁِ ŲَŲ§Ų“ِŲ±ِŁŁَ
Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).”(Surah al-Syu’ara: 36)
ŁَŲ„ِŁَŁ Ų¹َŲ§ŲÆٍ Ų£َŲ®َŲ§ŁُŁ
ْ ŁُŁŲÆًŲ§
Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…”(Surah Hud: 50)
ŁَŲ„ِŁَŁ Ł
َŲÆْŁَŁَ Ų£َŲ®َŲ§ŁُŁ
ْ Ų“ُŲ¹َŁْŲØًŲ§
Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib.(Surah Hud: 84)
Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas:
ŁَŁْ ŁَŲ§Łَ ŁِŁ ŁِŲ±ْŲ¹َŁْŁُ: ŲØَŲ§Ų±َŁَ Ų§ŁŁَّŁُ ŁِŁŁَ. ŁُŁْŲŖُ: ŁَŁِŁŁَ
Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.”[12]
Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa.
Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas
Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi seakan mengiktiraf dan mengakui agama lain. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia cuma sebagai satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain. Kami bahagikan kepada kumpulan yang mengharamkan dan juga membenarkan.
Pertama: Diharamkan Mengucap Tahniah
Antara mereka yang berpendapat hukumnya haram secara total adalah:
Ulama Silam (mutaqaddimin)
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Syeikh al-Islam Ibn Qayyim.
Ulama Kontemporari (muta’akhkhirin)
Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin (Ulama Terkenal Di saudi)
Syeikh Abdul Aziz Bin Baz (Mantan Mufti Besar Saudi)
Syeikh Soleh al-Munajjid (ulama masa kini) dan ramai lagi.
Dalil Pengharaman:
Secara asasnya, mereka berdalilkan dengan:
Firman Allah SWT:
ŁَŲ§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲ§ ŁَŲ“ْŁَŲÆُŁŁَ Ų§ŁŲ²ُّŁŲ±َ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł
َŲ±ُّŁŲ§ ŲØِŲ§ŁŁَّŲŗْŁِ Ł
َŲ±ُّŁŲ§ ŁِŲ±َŲ§Ł
ًŲ§
Maksudnya: dan (hamb-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.(Surah al-Furqan: 72)
Abu al-‘Aliyah, Tawus Ibn Sirin al-Dahhaq al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain berkata: “makna al-Zur ialah ‘Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah majlis yang terdapat padanya nyanyian dan muzik.[13]
Rasulullah SAW bersabda:
Ł
َŁْ ŲŖَŲ“َŲØَّŁَ ŲØِŁَŁْŁ
ٍ ŁَŁُŁَ Ł
ِŁْŁُŁ
ْ
Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dalah daripadanya-
(Riwayat Abu Daud, no. 4031 dan al-Tabarani, no. 8327)
Syeikh Nasiruddin menyebutkan: “Agama Islam telah pun menggariskan suatu ketetapan bahawa seseorang penganut Islam daripada kalangan lelaki dan wanitanya tidak harus meniru atau mencontohi orang-orang bukan Muslim seluruhnya samada dari segi peribadatan, perayaan dan perhiasan yang khusus yang tertentu hanya kepada kalangan mereka sahaja.
Rasulullah SAW bersabda:
ŁَŁْŲ³َ Ł
ِŁَّŲ§ Ł
َŁْ ŲŖَŲ“َŲØَّŁَ ŲØِŲŗَŁْŲ±ِŁَŲ§، ŁŲ§َ ŲŖَŲ“َŲØَّŁُŁŲ§ ŲØِŲ§ŁŁَŁُŁŲÆِ ŁَŁŲ§َ ŲØِŲ§ŁŁَّŲµَŲ§Ų±َŁ، ŁَŲ„ِŁَّ ŲŖَŲ³ْŁِŁŁ
َ Ų§ŁŁَŁُŁŲÆِ Ų§ŁŲ„ِŲ“َŲ§Ų±َŲ©ُ ŲØِŲ§ŁŲ£َŲµَŲ§ŲØِŲ¹ِ، ŁَŲŖَŲ³ْŁِŁŁ
َ Ų§ŁŁَّŲµَŲ§Ų±َŁ Ų§ŁŲ„ِŲ“َŲ§Ų±َŲ©ُ ŲØِŲ§ŁŲ£َŁُŁِّ
Maksudnya: "Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami. Janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.”(Riwayat al-Tirmizi, no. 2695)
Ibn Taimiyyah menyatakan sekurang-kurang hadis Ibn Umar di atas menyatakan haram menyerupai walaupun zahir hadis menyatakan murtadnya orang yang menyerupai orang bukan Muslim. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada ulama’ mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah berfatwa bahawa dikira murtad orang yang memberi hadiah lilin kepada Kristian di hari Krismas.
Memberi ucapan tahniah kepada mereka juga adalah dilarang kerana ini menzahirkan kegembiraan dan keredhaan kepada kekufuran mereka. Ibn al-Qayyim telah meriwayatkan ijma’ ulama’ akan haramnya tahniah kepada orang kafir bersempena perayaan mereka:
Katanya: “…dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar bukan Islam yang khusus dengannya maka adalah haram dengan disepakati para ulama’ seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak”(Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. dan hukum ini(haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sis Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya.”[14]
Bagi para ulama’ yang mengharamkannya, perbuatan mengucapkan tahniah itu adalah bercanggah dengan firman Allah SWT:
Ų„ِŁَّ Ų§ŁŲÆِّŁŁَ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų§ŁŁَّŁِ Ų§ŁْŲ„ِŲ³ْŁŲ§Ł
ُ
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”(Surah Ali ‘Imran: 19)
Kedua: Diharuskan Mengucap Tahniah
Antara mereka yang mengharuskannya ialah:
Ulama Silam (mutaqaddimin):
Syeikh Muhammad Ahmad ‘Alish al-Maliki ketika ditanya: “Sekiranya seorang Muslim pergi ke rumah dhimmi pada hari perayaannya dan mengucapkan ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’. Adakah ia dikira sebagai terkeluar daripada Islam atau tidak? Jawab beliau: “Tidak terkeluar daripada Islam seseorang Muslim yang berkata kepada seorang Kristian ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’ di mana beliau tidak bermaksud untuk membesarkan kekufuran dan tidak meredhai kekufuran.[15]
Disebutkan oleh al-Hattab al-Rauyani bahawa Sultan al-Ulama’ al-Imam al-‘Izz Abd al-Salam al-Syafie telah ditanya telah hukum mengucapkan “Semoga hari sambutan ini diberkati untuk kamu.” kepada dhimmi semasa perayaan mereka. Jawabnya: “Sekiranya Muslim tersebut mengucapkan sedemikian kepada dhimmi dengan niat mengagungkan agama mereka dan perayaan mereka, sesungguhnya dia telah terkeluar daripada Islam. Adapun sekiranya beliau tidak bermaksud sedemikian dan ucapan itu sekadar terlontar di mulutnya, beliau tidak terkeluar daripada Islam kerana ucapannya adalah tanpa niat.”[16]
Ulama Kontemporari (muta’akhkhirin)
Syeikh Muhammad Rashid Redha (Pengarang Tafsir al-Manar)
Syeikh Dr. Ahmad al-Syarbasi (Pengarang kitab Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah)
Syeikh Dr. Mustafa al-Zarqa (Ulama besar Syam)
Syeikh Abdullah bin Bayyah (Ulama besar Mauritania)
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia)
Syeikh Syauqi Ibrahim Abdul Karim 'Allam (Mufti Mesir)
Syeikh Dr. Ali Jumu’ah (Mantan Mufti Mesir)
Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said (Pensyarah Universiti al-Azhar)
Secara umumnya, dalil-dalil mereka adalah:
Firman Allah SWT:
ŁَŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ
ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁ
ْ ŁُŁَŲ§ŲŖِŁُŁŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŁَŁ
ْ ŁُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ
ْ Ų£َŁْ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁŁُŁ
ْ ŁَŲŖُŁْŲ³ِŲ·ُŁŲ§ Ų„ِŁَŁْŁِŁ
ْ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ų§ŁْŁ
ُŁْŲ³ِŲ·ِŁŁَ
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.(Surah al-Mumtahanah: 8)
Al-Maraghi berkata: “Allah SWT tidak melarang kamu daripada melakukan perbuatan baik kepada bukan Muslim yang tidak memerangi kamu atas dasar agama, tidak mengusir kamu dari kampung halaman dan tidak membantu orang lain untuk mengusir kamu.”[17]
Firman Allah SWT:
ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲُŁِّŁْŲŖُŁ
ŲØِŲŖَŲِŁَّŲ©ٍ ŁَŲَŁُّŁŲ§ْ ŲØِŲ£َŲْŲ³َŁَ Ł
ِŁْŁَŲ§ Ų£َŁْ Ų±ُŲÆُّŁŁَŲ§
Maksudnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.(Surah al-Nisa’: 86)
Imam al-Fakhru al-Razi berkata: “Ketahuilah lafaz (ŲŖَŲِŁَّŲ©ٍ) sebagai mana yang kami nyatakan merupakan kiasan kepada perbuatan memuliakan sesuatu. Justeru semua bentuk jenis perbuatan memuliakan boleh dimasukkan di bawah lafaz berkenaan.”[18]
Apabila ada rakan-rakan bukan Muslim mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita, maka kita membalasnya dengan ucapan tahniah yang sama. Tujuannya jelas, iaitu memuliakan beliau sebagai seorang saudara, sebagai penghargaan atas ucapan beliau dan tidak bermaksud menerima dan mengagungkan agamanya. Perihal pengagungan agama itu sudah masuk kepada perbahasan yang lain daripada perkara ini.
Daripada Asma’ binti Abu Bakar RAnhuma, katanya:
ŁَŲÆِŁ
َŲŖْ Ų¹َŁَŁَّ Ų£ُŁ
ِّŁ ŁِŁ Ł
ُŲÆَّŲ©ِ ŁُŲ±َŁْŲ“ٍ Ł
ُŲ“ْŲ±ِŁَŲ©ً، ŁَŁِŁَ Ų±َŲ§ŲŗِŲØَŲ©ٌ - ŁَŲ¹ْŁِŁ Ł
ُŲْŲŖَŲ§Ų¬َŲ©ٌ -، ŁَŲ³َŲ£َŁْŲŖُ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁŁِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ ŁَŁُŁْŲŖُ: ŁَŲ§ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁŁِ، Ų„ِŁَّ Ų£ُŁ
ِّŁ ŁَŲÆِŁ
َŲŖْ Ų¹َŁَŁَّ ŁَŁِŁَ Ł
ُŲ“ْŲ±ِŁَŲ©ٌ Ų±َŲ§ŲŗِŲØَŲ©ٌ Ų£َŁَŲ£َŲµِŁُŁَŲ§؟ ŁَŲ§Łَ: ŲµِŁِŁ Ų£ُŁ
َّŁِ .
Maksudnya: “Telah datang ibuku untuk menziarahiku pada masa perjanjian dalam keadaan musyrik dan dia begitu berhajat untuk bertemuku, lantas aku bertanya Rasulullah SAW seraya berkata; “Sesungguhnya ibuku datang mengziarahiku sedangkan dia musyrik tetapi berkeinginan menemuiku, adakah aku menyambungnya? Sabda Rasulullah SAW: “Sambungkanlah silaturrahim dengan ibumu.”
Riwayat al-Bukhari (2620) dan Muslim (1003)
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
ŁَŲ§Łَ ŲŗُŁَŲ§Ł
ٌ ŁَŁُŁŲÆِŁٌّ ŁَŲ®ْŲÆُŁ
ُ Ų§ŁŁَّŲØِŁَّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ، ŁَŁ
َŲ±ِŲ¶َ، ŁَŲ£َŲŖَŲ§Łُ Ų§ŁŁَّŲØِŁُّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ ŁَŲ¹ُŁŲÆُŁُ، ŁَŁَŲ¹َŲÆَ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų±َŲ£ْŲ³ِŁِ، ŁَŁَŲ§Łَ ŁَŁُ: Ų£َŲ³ْŁِŁ
ْ". ŁَŁَŲøَŲ±َ Ų„ِŁَŁ Ų£َŲØِŁŁِ ŁَŁُŁَ Ų¹ِŁْŲÆَŁُ ŁَŁَŲ§Łَ ŁَŁُ: Ų£َŲ·ِŲ¹ْ Ų£َŲØَŲ§ Ų§ŁْŁَŲ§Ų³ِŁ
ِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ، ŁَŲ£َŲ³ْŁَŁ
َ، ŁَŲ®َŲ±َŲ¬َ Ų§ŁŁَّŲØِŁُّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ ŁَŁُŁَ ŁَŁُŁŁُ: Ų§ŁْŲَŁ
ْŲÆُ ŁِŁŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų£َŁْŁَŲ°َŁُ Ł
ِŁَ Ų§ŁŁَّŲ§Ų±ِ .Maksudnya: "Ada seorang budak Yahudi yang bekerja membantu Nabi SAW telah menderita sakit. Maka Nabi SAW menziarahinya dan baginda duduk di sisi kepalanya lalu menyeru: "Masuklah Islam". Budak itu memandang kepada bapanya yang berada berdekatannya, lalu bapanya berkata,: "Taatilah Abu al-Qasim SAW". Lantas budak itu memeluk Islam. Kemudian Nabi SAW keluar sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari neraka.”
Riwayat al-Bukhari (1356)
Tarjih
Selepas melihat dua pandangan dan juga situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan. Ini kerana,
Firman Allah SWT:
ŁَŁَŲ§ ŁَŲ¬ْŲ±ِŁ
َŁَّŁُŁ
ْ Ų“َŁَŲ¢Łُ ŁَŁْŁ
ٍ Ų¹َŁَŁ Ų£َŁَّŲ§ ŲŖَŲ¹ْŲÆِŁُŁŲ§ Ų§Ų¹ْŲÆِŁُŁŲ§ ŁُŁَ Ų£َŁْŲ±َŲØُ ŁِŁŲŖَّŁْŁَŁ ŁَŲ§ŲŖَّŁُŁŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ Ų®َŲØِŁŲ±ٌ ŲØِŁ
َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ
َŁُŁŁَ
Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah: 8)
Al-Maraghi berkata: “Ini kerana ketidakadilan yang dilakukan akan menimbulkan kerosakan yang boleh menghancurkan kehidupan bersosial, memutuskan hubungan antara individu dan datang malapetaka yang besar.”[19]
Bersekutu (tahaluf) bersama golongan bukan Islam yang mencintai kedamaian dan meninggalkan permusuhan yang bertujuan untuk menyelamatkan kemanusiaan dari peperangan.
Rasulullah Saw memuji perjanjian Fudhul sedangkan ia berlaku pada masa Arab Jahiliah.
ŁَŁَŲÆْ Ų“َŁِŲÆْŲŖُ ŁِŁ ŲÆَŲ§Ų±ِ Ų¹َŲØْŲÆِ Ų§ŁŁَّŁِ ŲØْŁِ Ų¬ُŲÆْŲ¹َŲ§Łَ ŲِŁْŁًŲ§ Ł
َŲ§ Ų£ُŲِŲØُّ Ų£َŁَّ ŁِŁَ ŲØِŁِ ŲُŁ
ُŲ±َ Ų§ŁŁَّŲ¹َŁ
ِ، ŁَŁَŁْ Ų£ُŲÆْŲ¹َŁ ŲØِŁِ ŁِŁ Ų§ŁْŲ„ِŲ³ْŁَŲ§Ł
ِ ŁَŲ£َŲ¬َŲØْŲŖُ. ŲŖŲŲ§ŁŁŁŲ§ Ų£Ł ŲŖŲ±ŲÆ Ų§ŁŁŲ¶ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų£ŁŁŁŲ§، ŁŲ£ŁŲ§ ŁŲ¹Ų² ŲøŲ§ŁŁ
Ł
ŲøŁŁŁ
Ų§
Maksudnya: “Aku menyaksikan perjanjian di rumah Abdullah Bin Jud’an, kalau aku diminta melakukannya pada zaman Islam nescaya aku menyahutnya. Perjanjian mereka untuk dikembalikan harta kepada tuan punya dan tidak memuliakan orang yang zalim atas kezalimannya.”
Hak minoriti bukan Muslim. Ini kerana hak-hak golongan minoriti yang bukan Muslim juga perlu diraikan lebih-lebih lagi apabila mereka mengambil hak kewarganegaraan (muwatanah). Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat ada menekankan tentang keperluan meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh minoriti bukan Muslim.
Perlu membezakan antara penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Syeikh Abdullah bin Mahfudh Ibn Bayyah menyatakan bahawa perlu ada perbezaan antara memahami istilah penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Menurut beliau, bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Ia menjadi haram jika menyamai mereka dengan niat (tashabbuh) bukannya semata-mata dengan wujudnya persamaan (musyabahah).
Hal ini adalah sebagaimana komentar Ibn 'Abidin terhadap Durr al-Mukhtar pada perbahasan hukum membaca mushaf dalam solat yang dikatakan menyerupai ahli kitab, katanya:
ŁَŲ§Łَ ŁِŲ“َŲ§Ł
ٌ: Ų±َŲ£َŁْŲŖ Ų¹َŁَŁ Ų£َŲØِŁ ŁُŁŲ³ُŁَ ŁَŲ¹ْŁَŁْŁِ Ł
َŲ®ْŲµُŁŁِŁŁَ ŲØِŁ
َŲ³َŲ§Ł
ِŁŲ±َ، ŁَŁُŁْŲŖ: Ų£َŲŖَŲ±َŁ ŲØِŁَŲ°َŲ§ Ų§ŁْŲَŲÆِŁŲÆِ ŲØَŲ£ْŲ³ًŲ§؟ ŁَŲ§Łَ ŁَŲ§ ŁُŁْŲŖ: Ų³ُŁْŁَŲ§Łُ ŁَŲ«َŁْŲ±ُ ŲØْŁُ ŁَŲ²ِŁŲÆَ ŁَŲ±ِŁَŲ§ Ų°َŁِŁَ ŁِŲ£َŁَّ ŁِŁŁِ ŲŖَŲ“َŲØُّŁًŲ§ ŲØِŲ§ŁŲ±ُّŁْŲØَŲ§Łِ؛ ŁَŁَŲ§Łَ «ŁَŲ§Łَ Ų±َŲ³ُŁŁُ Ų§ŁŁَّŁِ - ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ - ŁَŁْŲØَŲ³ُ Ų§ŁŁِّŲ¹َŲ§Łَ Ų§ŁَّŲŖِŁ ŁَŁَŲ§ Ų“َŲ¹ْŲ±ٌ» ŁَŲ„ِŁَّŁَŲ§ Ł
ِŁْ ŁِŲØَŲ§Ų³ِ Ų§ŁŲ±ُّŁْŲØَŲ§Łِ. ŁَŁَŲÆْ Ų£َŲ“َŲ§Ų±َ Ų„ŁَŁ Ų£َŁَّ ŲµُŁŲ±َŲ©َ Ų§ŁْŁ
ُŲ“َŲ§ŲØَŁَŲ©ِ ŁِŁŁ
َŲ§ ŲŖَŲ¹َŁَّŁَ ŲØِŁِ ŲµَŁَŲ§Ųُ Ų§ŁْŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِ ŁَŲ§ ŁَŲ¶ُŲ±ُّ... ŁَŁِŁŁِ Ų„Ų“َŲ§Ų±َŲ©ٌ Ų£َŁْŲ¶ًŲ§ Ų„ŁَŁ Ų£َŁَّ Ų§ŁْŁ
ُŲ±َŲ§ŲÆَ ŲØِŲ§ŁŲŖَّŲ“َŲØُّŁِ Ų£َŲµْŁُ Ų§ŁْŁِŲ¹ْŁِ: Ų£َŁْ ŲµُŁŲ±َŲ©ُ Ų§ŁْŁ
ُŲ“َŲ§ŲØَŁَŲ©ِ ŲØِŁَŲ§ ŁَŲµْŲÆٍ.Maksudnya: “Hisham berkata: Aku melihat Abu Yusuf (memakai) sepasang sandal yang dijahit dengan paku-paku. dan berkata: 'Adakah kamu merasa susah memakai ini? Dia menjawab, 'Tidak'. Aku berkata, 'Sufyan dan Thaur bin Yazid tidak suka kepada sandal ini kerana ia menyerupai rahib. Beliau menyatakan, 'Nabi SAW memakai sandal yang mempunyai bulu di atasnya.' (Ibn 'Abidin menyatakan) Sesungguhnya ia (sandal itu) adalah daripada pakaian rahib. Maka ini menunjukkan bahawa apa-apa persamaan / penyerupaan yang berkaitan dengan kebaikan manusia adalah tidak bermasalah ... dan ini juga menunjukkan mengenai asal perbuatan meniru itu - ia adalah bentuk persamaan tanpa niat.”[20]
Perlu dibezakan antara hukum fiqhi dan fatwa. Ini kerana, hukum fiqhi ada yang bersifat thabit yang tidak mungkin berubah seperti hukum ŁŲ·Ų¹ŁŲ© Ų§ŁŲ«ŲØŁŲŖ Ł Ų§ŁŲÆŁŲ§ŁŲ©. Begitu juga ada yang boleh berubah iaitu yang tidak thabit. Hal ini harus berijtihad. Berlainan pula dengan fatwa yang boleh menerima perubahan berdasarkan kemaslahatan zaman. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Ini yang menyebabkan aku menyalahi pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkenaan pengharaman ucapan tahniah kepada orang Kristian.”
Menghukumi sesuatu adalah dengan isinya dan kandungannya, bukan dengan kulit atau namanya semata-mata (Ų§ŁŲ¹ŲØŲ±Ų© ŲØŲ§ŁŁ
Ų³Ł
ŁŲ§ŲŖ ŁŲ§ ŲØŲ§ŁŲ§Ų³Ł
Ų§Ų”).
Kami melihat, perbezaan pandangan yang timbul adalah pada memahami definisi yang tepat bagi perkataan “tahniah” yang menyebabkan hukumnya terbahagi kepada dua seperti di atas. Bagi menjelaskan hal ini, kita perlu melihat definisi “tahniah” dalam konteks bahasa dan pemahaman yang sebenar. Dalam Bahasa Melayu, “tahniah” bermaksud: “ucapan yang ditujukan kepada seseorang untuk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat”[21]
Maka, dapat difahami bahawa ucapan Merry Christmas adalah termasuk dalam fatwa keharusan mengucapkan tahniah atas perayaan agama lain tanpa mengagungkan agama mereka. Ia tidak lebih daripada sekadar ucapan bagi menzahirkan rasa gembira dan seronok apabila melihat mereka bergembira meraikannya.
Keputusan Institusi Fatwa
Bagi menyokong keharusan yang kami tarjihkan, kami kemukakan di sini sebahagian pendapat Institusi Fatwa:
Dar Ifta al-Misriyyah. Harus mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim merayakan perayaan mereka itu dengan lafaz yang tidak bertentangan dengan akidah Islamiyyah dan perbuatan ini termasuk di bawah bab Ihsan.[22]
Majlis Fatwa Eropah. Mereka juga mengharuskannya sesuai dengan Fiqh al-Aqaliyyat (Minoriti Muslim di negara bukan Muslim).[23]
Garis Panduan (dhawabit) Umum
Ucapan tahniah adalah sebagai tanda perpaduan dan hubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni. Adapun melibatkan diri dalam upacara-upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam.
Ucapan tersebut tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain serta tidak juga menumpahkan kasih sayang yang terlalu tinggi melangkaui batas agama.
Ucapan tahniah tidak mengandungi sebarang bentuk penghargaan yang menyalahi syarak seperti menghadiahkan arak dan perkara yang tidak diizinkan dalam Islam.
Ucapan tersebut adalah kepada orang bukan Muslim yang tidak bermusuh dengan Islam, khususnya kepada seseorang yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman-teman pengajian, kawan-kawan sekerja dan sebagainya.
Menghadiri jemputan makan malam bukan Muslim, menziarahi bukan Muslim dan bertukar-tukar hadiah juga adalah dibenarkan. Rasulullah SAW pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis[24] yang tidak beragama Islam. Saidina Umar al-Khattab RA juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang tidak memeluk Islam.[25]
Kenyataan Mufti Wilayah
Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan kesemuanya di atas, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah HARUS dan perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan. Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007, “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi Islam antara lain menyebut: “Jika kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam tindakannya terhadap orang-orang yang menyalahinya dalam lingkungan apa yang halal dan apa yang haram, maka memadailah kita berpegang kepada dua ayat daripada al-Quran al-Karim yang boleh dianggap sebagai prinsip yang menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT:
ŁَŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ
ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁ
ْ ŁُŁَŲ§ŲŖِŁُŁŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŁَŁ
ْ ŁُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ
ْ Ų£َŁْ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁŁُŁ
ْ ŁَŲŖُŁْŲ³ِŲ·ُŁŲ§ Ų„ِŁَŁْŁِŁ
ْ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ų§ŁْŁ
ُŁْŲ³ِŲ·ِŁŁَ. Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ
ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲ§ŲŖَŁُŁŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŲ£َŲ®ْŲ±َŲ¬ُŁŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ
ْ ŁَŲøَŲ§ŁَŲ±ُŁŲ§ Ų¹َŁَŁ Ų„ِŲ®ْŲ±َŲ§Ų¬ِŁُŁ
ْ Ų£َŁْ ŲŖَŁَŁَّŁْŁُŁ
ْ ŁَŁ
َŁْ ŁَŲŖَŁَŁَّŁُŁ
ْ ŁَŲ£ُŁŁَŲ¦ِŁَ ŁُŁ
ُ Ų§ŁŲøَّŲ§ŁِŁ
ُŁŁَ
Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(Surah al-Mumtahanah: 8-9)
Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya.
Tegasnya, mereka itu tidak menaruh niat permusuhan atau peperangan terhadap kaum Muslimin, malah ayat itu juga menggalakkan supaya berbuat baik dan memberikan layanan yang sempurna kepada mereka. Perkataan “al-bir” iaitu “baik” merupakan kalimah yang meliputi segala pengertian dan maksud yang baik umumnya dalam sebarang maksud, dan ianya adalah suatu perkara yang melebihi “keadilan”. Kalimah al-bir tersebut pernah digunakan oleh kaum Muslimin untuk menunjukkan kewajipan yang utama tentang hak-hak kemanusiaan ke atas diri mereka, ketika menggunakan perkataan itu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birr al-walidain)
Kami menyatakan di sini bahawa ayat itu menggalakkan apa yang kami nyatakan kerana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berlaku adil. Seseorang Mukmin itu mestilah berusaha dengan sepenuh daya upaya untuk merealisasikan apa yang disukai oleh Allah SWT, dengan tidak sama sekali menafikan atau menolak pengertian “menggalakkan dan menuntut” yang terdapat di dalam ayat ini, kerana ianya berbunyi dengan ungkapan “Allah SWT tidak melarang kamu…” Ini kerana ungkapan seumpama ini adalah untuk menolak apa yang terlekat di dalam pemikiran Muslim, yang mana masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.
Sesiapa sahaja yang menyalahi ajaran Islam tidak berhak baginya mendapat kebaikan, keadilan dan pergaulan yang baik. Lantaran itu, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia tidak melarang orang Islam untuk melakukan sedemikian, meskipun orang-orang itu menyalahi agama mereka, bahkan sekalipun mereka memeranginya dan bermusuhan terhadapnya.”
Sudah sampai masanya bagi para ulama’ menginterpretasikan apa yang didapati daripada teks-teks klasik ulama’ silam supaya sesuai dengan kerangka masa kini tanpa meninggalkan batasan syarak. Tidak cukup hanya sekadar menukilkan apa yang dicatatkan pada lembaran kertas daripada kitab-kitab silam, bahkan para ulama’ perlu turun ke lapangan bagi memahami kitab al-waqi’ ('membaca' realiti semasa). Kemampuan untuk berinteraksi dengan teks-teks klasik inilah yang akan membawa umat Islam ke satu paradigma yang jauh ke hadapan dan lebih berpijak kepada realiti sebenar pada zaman sekarang serta tidak ketinggalan dalam arus perdana. Dengan itu, akan terzahirlah Islam sebagai agama yang bersifat rahmatan li al-‘alamin (memberi rahmat ke seluruh alam jagat).
Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya mengikut neraca syariah.
Akhukum Fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
19 Disember 2016 / 19 Rabi’ al-Awwal 1438H
__________________________________________________
[1] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi, terj., 1/174.
[2] Syed Qutb. Fi Zilal al-Qur’an (terj.), 10/102
[3] https://en.oxforddictionaries.com/definition/merry
[4] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christmas
[5] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christ
[6] https://en.oxforddictionaries.com/definition/mass
[7] Reverend John Trigilio Jr. & Reverend Kenneth Brighenti. The Catholicism Answer Book: The 300 Most Frequently Asked Questions , m.146.
[8] The Oxford Dictionary of the Christian Church (ed. E.A. Livingstone). m. 335-336.
[9] Rujuk http://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
[10] http://www.operationworld.org/country/malc/owtext.html
[11] Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, jil. 4, m. 374.
[12] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 1113.
[13] Ibn Kathir, Tafsri Ibn Kathir, 3/309.
[14] Ibn al-Qayyim. Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/441.
[15] Al-Maliki, Muhammad Ahmad ‘Alish. Fath al-‘Ali al-Malik fi al-Fatawa ‘ala Mazhab al-Imam al-Malik, jil. 2, m. 350.
[16] Al-Hattab al-Ru'yani, Muhammad Abu 'Abd Allah ibn Muhammad at-Tarabulsi. Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil, jil. 6, m. 289.
[17] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.), 14/6969.
[18] Al-Razi, Al-Fakhr al-Razi. Tafsir Mafatih al-Ghaib, 5/221.
[19] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.), ?/1506.
[20] Ibn ‘Abidin. Radd al-Muhtar 'ala al-Durr al-Mukhtar, 1/624
[21] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tahniah
[22] http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13237
[23] http://www.e-cfr.org/fatwa/3Ł
Ų§-ŲŁŁ
-ŲŖŁŁŲ¦Ų©-ŲŗŁŲ±-Ų§ŁŁ
Ų³ŁŁ
ŁŁ-ŲØŲ£Ų¹ŁŲ§ŲÆŁŁ
؟-/
[24] Ia adalah gelaran kepada pemerintah Mesir berbangsa Qibti kuno.
[25] Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38.
sumber: http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1349-bayan-linnas-siri-ke-81-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian