elemen suspen banyak melonjakkan nama Trump semenjak dari siri Apprentice lagi.Suspen adalah satu elemen dalam penulisan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang sesuatu kesudahan. Tanpa elemen suspen, penulisan menjadi hambar. Pembaca tidak mempunyai dorongan untuk membaca hingga ke hujung cerita.
Suspen boleh dicipta dalam pelbagai cara. Ia boleh diselitkan ke dalam tajuk, watak, plot, masa ataupun pemilihan perkataan. Secara kebetulan, ketika artikel ini ditulis, dunia khususnya Amerika riuh seketika dengan penyertaan Trump dalam pilihanraya Presiden negara itu. Berbagai cerita yang bermain tanda tanya tentang dirinya timbul dari awal musim pilihanraya hinggalah ke penghujungnya. Sememangnya, elemen suspen banyak melonjakkan nama Trump semenjak dari siri Apprentice lagi.
Terkini, Washington Post menerbitkan animasi grafik memuatkan gambar Trump bersama siri petikan ucapannya yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah sebenarnya pendirian Trump tentang hubungannya dengan Putin dan Kerajaan Rusia. Hal ini akan mendorong mereka mendapatkan bahan bacaan tersebut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Seorang penulis yang baik, walaubagaimanapun, perlu merancang penggunaan elemen suspen dengan sebaiknya. Perlu ada kesudahan atau rumusan yang bersesuaian menyusuli elemen suspen supaya pembaca berpuashati dengan plot penulisan. Suspen yang keterlaluan, kesudahan yang tidak masuk akal atau penghujung yang tiada kaitan dengan permulaan akan mengakibatkan mereka rasa tertipu dengan elemen itu dan akan menghukum si penulis dengan tidak lagi membaca penulisannya yang akan datang.
Rujukan:
http://www.writersdigest.com/writing-articles/by-writing-genre/mystery-thriller/what_is_suspense
http://sukiwessling.com/kidblog/2015/10/06/how-to-write-a-good-trick-ending/