NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Individu cemuh Agong cuba uji kesabaran umat Islam

Mana-mana pihak yang mempertikaikan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah cubaan untuk ‘menjentik’ kesabaran umat Islam, selain mencetuskan ketidakstabilan dalam kontrak sosial.
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang menghina dan mempersoalkan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama negara.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, menyifatkan kenyataan provokasi di laman sosial yang mencemuh Sultan Muhammad V kerana menunaikan solat tidak wajar dibiarkan berlarutan.

Sehubungan itu, katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyiasat dalang yang memuat naik kenyataan sedemikian untuk diambil tindakan keras.

“Mana-mana pihak yang mempertikaikan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah cubaan untuk ‘menjentik’ kesabaran umat Islam, selain mencetuskan ketidakstabilan dalam kontrak sosial.

“Kita tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya mendesak PDRM dan SKMM mengambil tindakan tegas dan menyiasat pihak yang memperlekehkan peranan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada BH, sebentar tadi.

Terdahulu, beliau menutup Kejohanan Bolasepak Belia ASEAN Bawah 17 (U17) 2016 yang dianjurkan Pertubuhan Idealis Selangor di Stadium Merdeka.

Hari ini, satu kenyataan menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama Mohd Faiz, memperlekehkan Sultan Kelantan, selaku Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Kenyataan itu antara lain menyebut ‘Model Sultan Kelantan menunjukkan soleh spiritual saja tidak cukup membahagiakan rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat dari keabadian Sultan Kelantan. Dia rajin solat, so what (jadi kenapa)? Rakyat dapat apa?

Desakan lain dilontarkan Mohd Faiz adalah ‘ Tidak ada salahnya menjadi seorang Agong yang rajin beribadah. Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong’.

Mengulas lanjut, Sohaimi mahu pemilik akaun Facebook berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan baginda, selain menarik balik kenyataannya secepat mungkin.

“Dia ini (Mohd Faiz) sudah celupar dan melampaui batas. Tindakan dangkal begini tidak harus dibiarkan berlarutan, sebaliknya perlu ditangani menerusi saluran undang-undang,” katanya.



foto – FB Mohd Faiz
© all rights reserved
made with by templateszoo