NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indah

Lihat ke dalam diri dan tenunglah Dengan mata hati yang Bersandarkan keinsafan

Oleh: Ami Anwar

Dongak ke langit dan terpesonalah
Dengan keindahan kerlipan bintang
Munculnya di malam yang gelap
Hilangnya dalam sinaran cahaya
Mentari dan rembulan

Tunduk ke bumi dan kagumlah
Dengan keindahan alam semulajadi
Luas terbentang seolah tak bertepi
Dibataskan pandangan mata kasar
Manusia berpengetahuan dangkal

Amati sekeliling dan takjublah
Dengan keindahan hidup makhluk
Pelbagai jenis dan rupa
Melata dan berbuat apa yang ia suka
Kerana hidupnya cuma di sini

Lihat ke dalam diri dan tenunglah
Dengan mata hati yang
Bersandarkan keinsafan
Disertakan azam dan tawakkal
Untuk hidup sebagai hamba Tuhan
Pencipta segala yang indah

Gambar Hiasan: http://flickrhivemind.net/User/hafiz.ismail

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo