tidak belajar dan membiarkan diri menjadi JAHIL ADALAH RACUN SEBENAR yang merosakkan diri manusiaKIRIMAN PEMBACA.
Allah Tak Suruh Semua Orang Peluk Islam??
Untuk berlaku adil, saya mendengar semula video negarawan ini.
Dan percakapan seperti itu BANYAK KESALAHANNYA.
Sepatutnya jawapan tidak dapat diberi dalam ruang ringkas kerana ia memerlukan penerangan kuliah yang khusus.
Namun tidak belajar dan membiarkan diri menjadi JAHIL ADALAH RACUN SEBENAR yang merosakkan diri manusia.
Saya cuba menjauhi tulisan berjela dan mendekati kefahaman awam.
Jawapan :
Di manakah bukti “ Allah SWT tidak menyuruh semua orang peluk Islam”? alasan yang diberi
Kalau Allah mahu, Allah boleh Islam kan semua manusia dengan “kun Fayakun” sahaja.
bukti langsung seperti ini jelas di faham dengan kejahilan dan luar kontek.
Cuba bandingkan dengan ini.
1. Allah sengaja menyusahkan Nabi SAWsemasa hijrah hingga hampir dibunuh kaum musyrikin, kalau Allah nak boleh sahaja “ kun fayakun”(jadi, maka jadilah) naik Buraq terus ke madinah.
2. Allah memang mahu palestin ditakluki oleh yahudi, kalau Allah nak boleh sahaja “kun fayakun ” dan palestin ditangan orang Islam
3. Allah memang sengaja membiarkan rohingya disembelih, kalau Allah nak boleh sahaja kun fayakun rohingya selamat dan tidak dibunuh
4. Allah menzalimi manusia kerana Allah buat neraka. Allah boleh sahaja kun fayakun manusia jadi baik semuanya dan terus masuk syurga
Jadi semua percakapan di atas hanya keluar dari mulut si jahil yang menahan diri dari belajar.
Setiap Ayat Allah adalah berkait dengan ayat atau hadith yang lain. Jadi memahami hanya dengan satu ayat sahaja akan membawa salah faham makna yang sebenar
Jawapan kepada persoalan diatas berkait dengan masalah Aqidah, qada dan qadar. Tentu tidak dapat dijawab dengan ringkas.
Cuma perhatikan ayat-ayat Allah yang lain
1- (Surah Ali imran : 85). dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
2- Wahai manusia berimanlah (surah al-a’raf : 158) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya; dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
3- (Surah Saba’ :28) dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi amaran akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
4- (surah Albaqarah :21) Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
5- (Yunus: 57). Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
6- (al-Hujurat : 13). Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya.
7- (Luqman : 33). Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
8- (Al Balad :10). dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
9- (As Syams ; 80). serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
Semua ayat di atas perlu kepada penjelasan, namun makna zahirnya sudah mencukupi
ALLAH MAHU SEMUA MANUSIA MEMILIH ISLAM DAN TIDAK REDHA DENGAN AGAMA SELAIN DARI ISLAM.
Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim