“Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia.“Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang Melayu,”
BANGI, 5 Safar 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengingatkan pemimpin Melayu mengenai padah sikap hipokrit dan sengaja mengambil kesempatan dalam permainan politik sempit, ketika negara sedang berdepan budaya anti-Islam dan anti-Melayu, yang semakin merebak melalui tindakan provokasi biadap dan terancang.
Ketua Penerangan Isma, Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata keadaan menjadi lebih berbahaya apabila tindakan provokasi melampau ini, cuba dihalalkan melalui usaha terancang, melabelkan perjuangan kebangkitan umat Islam mempertahankan hak mereka sebagai anti-Cina atau sinophobia.
Pendek cerita, katanya, penjenayah perkauman dibiarkan bebas untuk celupar, sebaliknya suara majoriti yang mempertahankan hak di bumi sendiri pula yang dilabelkan sebagai rasis dan anti-Cina
“Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia.
“Tetapi kumpulan penulis seperti Hew Wai Weng, di samping media beragenda jahat, sengaja memutarbelitkan isu untuk menggambarkan masyarakat Islam yang berdemonstrasi secara aman itu yang bermasalah, kerana mempunyai sikap rasis dan anti-Cina, manakala orang seperti Ah Hok suci bersih.
“Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baca seterusnya di: http://www.ismaweb.net/2016/11/ribuan-ahok-biadap-ada-di-malaysia-isma/
No comments
Post a Comment