Seiring usaha kerajaan mahu menjadi negara berstatus maju menjelang 2020, perlulah ia sentiasa mengkaji semula bahagian perundangan negara agar sentiasa relevan mengikut zaman. Bagaimana pindaan kepada Akta 355 berusaha menjamin keadilan sosial buat wanita adalah dengan cara menambah hukuman terhadap pesalah jenayah.
Oleh : Kluster Sains Sosial Dan Kemasyarakatan, Jabatan Profesional Muda (JPro), DPPM
Menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah, “Beta berharap
langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan
perlaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan
mahkamah syariah dapat disegerakan”, pada istiadat Pembukaan parlimen 7
Mac 2016.
Pindaan kepada Akta 355 Berusaha Menjamin Keadilan Sosial
Merujuk kepada usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang
iaitu Tuan Guru Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) agar dipinda
Akta 355 dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah. Usaha tersebut
adalah kali ketiga dibawa ke Parlimen. Bagi kami, ia suatu usaha yang
realistik dalam menyahut titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong, sejajar
dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sekaligus sebagai salah
satu cabang usaha menjamin keadilan sosial masyarakat majmuk di
Malaysia.
1. Sejarah Menunjukkan Mahkamah Syariah pernah mempunyai kuasa yang luas
Selepas campur tangan penjajah Inggeris, kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
jauh lebih rendah berbanding dengan bidang kuasa Mahkamah Sivil. Maka,
pindaan untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah dengan meningkatkan
hukuman denda, penjara, dan sebatan, namun tidak melibatkan hukuman mati
dan potong tangan.
Falsafah Keadilan Sosial : Sekularisma Barat VS Wahyu Islam
Secara umumnya, penteori di Barat mengandaikan bahawa keadilan sosial
bermaksud hak sama rata yang perlu diberikan kepada setiap individu
tanpa mengira agama, kaum, dan keturunan. Sebagai contoh memahami
perjuangan menuntut keadilan sosial menurut Karl Marx, semenjak zaman
feudal sehingga ke zaman sosialis, sudut pandang Marx terhenti kepada
memperjuangkan segala isu hak terutamanya ekonomi golongan tertindas.
Namun begitu, wahyu Islam hadir dengan falsafah Islam rahmat untuk
semua. Bermaksud, Islam membela isu hak masyarakat secara menyeluruh
(aspek ekonomi, perundangan, politik, sosial, dan sebagainya) tanpa
mengira latar belakang agama, keturunan, jantina, kaum, dan sebagainya.
2. Pindaan kepada Akta 355 Dijadikan Bahan Polemik bagi agen Anti-Islam
Contohnya, mengatakan bahawa Akta 355 sebagai pintu belakang hudud dan
orang bukan Islam terpaksa menurutinya. Selain itu, masyarakat masih
kurang mengkaji isu kerana berpandangan ini agenda politik semata-mata.
Inilah sebabnya mengapa ramai masyarakat terutama Cina masih salah
faham.
3. Kewajipan muslim menyokong dan mendokong pindaan demi keadilan sosial
Seseorang yang beriman wajib memartabatkan perundangan Islam seupaya
mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin
(kodifikasi/penggubalan undang-undang) yang diperlukan (Zulkifli Mohamad
al-Bakri: 2016). Lagipun, usaha ini tiada halangan dari sudut
perundangan dan perlembagaan negara.
4. Perundangan Islam bersifat spiritual, mendidik, dan mencegah jenayah
Seorang individu Muslim perlu meyakini bahawa undang-undang Islam
adalah bersifat spiritual iaitu mendidik, bahawasanya percaya hukum
Allah adalah untuk kebaikan. Keyakinan ini adalah satu cabang dari 10
cabang muwasafat tarbiyyah iaitu memiliki aqidah yang salim.
Pindaan berusaha menjamin hak keadilan wanita dan kanak-kanak
Seiring usaha kerajaan mahu menjadi negara berstatus maju menjelang
2020, perlulah ia sentiasa mengkaji semula bahagian perundangan negara
agar sentiasa relevan mengikut zaman. Bagaimana pindaan kepada Akta 355
berusaha menjamin keadilan sosial buat wanita adalah dengan cara
menambah hukuman terhadap pesalah jenayah.
Hukuman tersebut melibatkan
peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah
negeri-negeri. Secara psikologinya, jika seseorang ingin berbuat salah,
dia akan berfikir apakah hukuman yang akan dikenakan kepadanya. Jika
hukuman ringan, dengan kata mudah ia tidak akan mengendahkannya, namun
jika hukuman bertambah berat maka ia dengan sendiri berfikir dua tiga
kali sebelum melakukan suatu kesalahan. Adalah kita perlu berfikir
hikmah disebalik penambahan hukuman sebenarnya adalah bersifat mendidik,
bukan untuk mencedera dan menakutkan masyarakat.
Apabila undang-undang
berlandaskan syariah diperkasakan, maka masyarakat akan hormati. Dengan
usaha pindaan kepada Akta 355 maka kepentingan golongan wanita di
Malaysia akan bertambah terjamin, sekaligus kita berusaha berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan wanita dari negara maju seluruh dunia.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama dalam pendirian menyokong sebagai
salah satu cabang usaha menjamin keadilan sosial masyarakat Malaysia.
Hanya keyakinan dan usaha bahawa Islam rahmat untuk semua sahaja yang
mampu mencapai keadilan sosial, bukan setakat membesarkan ruang
perbahasan dan penambahan hukuman semata-mata. Selebihnya kita serahkan
kepada Allah swt yang maha mempunyai matlamat dan kehendak dalam
penciptaan dan perintah-Nya.
Rujukan
1. Giddens, A. dan Sutton, M. 2014. Esssential Concepts in Sociology. Cambridge: Polity Press.
2. Siri ke-67 Bayan Linnas, http://www.muftiwp.gov.my/…/1157-bayan-linnas-siri-67-isu-c…
Jabatan Profesional Muda DPPM - JPro