kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini
GEORGE TOWN, 6 Nov (Bernama) -- Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini.
Perwakilan Datuk Keramat A. Krishnan mendakwa kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.
"Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang," katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di sini, hari ini.
Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1299556
No comments
Post a Comment