NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kutipan GST RM32.71b sehingga Oktober

Hasil kutipan cukai GST sehingga 31 Oktober tahun ini adalah RM32.71 bilion, manakala RM27.01 bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015

KUALA LUMPUR – Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober tahun ini adalah RM32.71 bilion, manakala RM27.01 bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015.

Menurut Kementerian Kewangan, semua hasil cukai itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip Kerajaan Persekutuan.
“Seterusnya, kutipan cukai GST dikembalikan sebagai agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, termasuk menambah baik sektor pendidikan, kesihatan, kemudahan infrastruktur serta keperluan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo