Siasatan Awal Menunjukkan Berlaku Pergaduhan
TANGKAK: Siasatan awal kes pembunuhan remaja lelaki yang dikerat anggota badannya di Kampung Kesang Laut, dekat sini pada Ahad menunjukkan kemungkinan berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek yang ditahan.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata suspek memberitahu polis bahawa mangsa ada datang ke rumahnya dan berlaku pergaduhan.
"Tetapi masih terlalu awal untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Setakat ini beberapa anggota badan mangsa termasuk kepala dan kakinya yang ditemui semalam, sudah dihantar ke Hospital Tangkak untuk siasatan, katanya.
No comments
Post a Comment