Kelantan menunjukkan prestasi membanggakan dalam matapelajaran Sains yang mencatat peratus lulus tertinggi iaitu 95.6 peratus.
KOTA BHARU 17 Nov. - Kelantan mencatat Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.
Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, seramai 320 calon atau 1.09 peratus dari 29,372 calon sekolah kementerian yang menduduki peperiksaan memperoleh semua A.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, seramai 18,539 atau 63.12 peratus calon mendapat sekurang-kurangnya D dalam mata pelajaran diambil.
Beliau berkata, biarpun menggunakan format baru UPSR tahun ini, Kelantan menunjukkan prestasi membanggakan dalam matapelajaran Sains.
“Kita berbangga Sains mencatat peratus lulus tertinggi iaitu 95.6 peratus.
“Namun cabaran kita adalah dalam subjek penulisan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang perlu diberi penekanan pada masa hadapan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment