Polis sudah mengenal pasti identiti mangsa bunuh yang mayatnya dikerat dalam satu kejadian ngeri di Jalan Kesang LautTANGKAK 9 Nov. - Polis sudah mengenal pasti identiti mangsa bunuh yang mayatnya dikerat dalam satu kejadian ngeri di Jalan Kesang Laut, di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa adalah Omar Miskam, 49, yang berasal dari Kampung Sungai Alam, Panchor di Muar, dekat sini.
"Mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai telah ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.
"Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain," katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Sementara itu, Mohad Idris turut memaklumkan seramai tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/terkini/identiti-mangsa-kerat-dikenal-pasti-1.405639#sthash.fzaT6724.dpuf
No comments
Post a Comment