Sosialis dan Kapitalis, dua teori ekonomi ini yang banyak mempengaruhi cara pemahaman manusia terhadap kaedah pengurusan hasil mahsul pada hari ini.
Oleh: Abdul Mu’izz Muhammad
[1] Bukan Sekadar Ada Perut, Bahkan Ada Jiwa.
Perut merupakan simbol kepada material. Dari perut, manusia beroleh tenaga untuk beraktiviti. Sekiranya tenaga tersebut tidak diarah dengan baik, maka lahirlah manusia yang melakukan kerosakan. Untuk itu, aqidah yang menghubungkan manusia dengan Tuhan merupakan syarat utama kearah pengurusan ekonomi yang saksama dan harmoni.
Bermaksud, manusia memerlukan jiwa yang terisi dengan aqidah untuk memandu jiwa mereka. Pada masa yang sama memerlukan material untuk mengisi perut mereka. Kedua-dua unusr ini tidak boleh dipisahkan sama-sekali.
[2] Aqidah Sebagai Asas Ekonomi
Manusia secara fitrah, amat memerlukan Tuhan sebagai penyelesai masalah mereka. Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya yang terkenal, Usul Dakwah menekankan bahawa keistimewaan sistem ekonomi Islam adalah berasaskan akidah. Tidak seperti teori-teori ekonomi lain yang dikuasai nafsu materialism.
Segala kekayaan yang ada di langit dan di bumi merupakan harta Allah yang perlu diuruskan dengan baik oleh pengurus yang dilantik, iaitu manusia. Ia mestilah diuruskan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pemiliknya, iaitu Islam.
Dari roh akidah yang ada dalam ekonomi Islam, mengajar manusia tentang jaminan Tuhan. Apabila Allah mencipta makhluk-makhluknya, pastilah Dia telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk membiayai hidup makhluk-makhluk ciptaanya. Pemilihan sistem yang salah dan korupsi merupakan faktor wujudnya kasta antara miskin dan kaya.
[3] Sumber Yang Mencukupi
Sudah sebati teori ekonomi yang mendakwa ‘sumber terhad, manakala keperluan tidak terhad’ di kalangan pengamal-pengamal ekonomi kapitalis. Teori ini dicetuskan demi mengizinkan perlumbaan ekonomi tanpa sempadan yang melahirkan budaya tamak dan individualistik.
Apakah implikasi apabila ekonomi dikendalikan oleh golongan yang telah dirasuk sikap keakuan yang tinggi? Sudah pasti berlaku perebutan sumber, rampasan hak dan pencerobohan perimeter ekonomi.
Peperangan turut tercetus ekoran dari sikap tamak dan perebutan hasil bumi. Sifat-sifat mazmumah ekonomi inilah yang sedang mencabut nilai insani di kalangan manusia. Ajaran anutan kapitalis amat bercanggah dengan Islam.
Islam mengajar manusia bahawa sumber kekayaan Allah yang tersedia di langit dan bumi tidak terhad, pasti cukup. Manakala permintaan manusia terhadapnya perlu diuruskan dengan peraturan Tuhan.
“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami limpahkan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi”
(Surah Al-A’raf, ayat 96)
“Tidakkah kamu perhatikan, Allah telah menundukkan segala apa yang ada di langit dan bumi dan menyempurkan segala nikmatNya zahir dan batin”
(Surah Luqman, ayat 20
Baca artikel penuh di: http://ulamasedunia.org/2016/11/11/ekonomi-tidak-bertuhan-menuju-kehancuran/
No comments
Post a Comment