Pengguna menyerbu setiap pusat membeli-belah atau kedai runcit di sini hampir setiap hari bagi mendapatkan bahan itu
JOHOR BARU: Cakap-cakap mengenai penarikan subsidi minyak masak mendorong sesetengah pengguna menyerbu setiap pusat membeli-belah atau kedai runcit di sini hampir setiap hari bagi mendapatkan bahan itu.
Antara pusat membeli belah yang menjadi tumpuan ialah Econsave.
Menurut Pengurus Operasi Econsave, Mas Imran Adam, ini berlaku kerana tidak seperti kedai runcit dan pusat membeli belah lain, pihaknya masih menjual minyak masak bersubsidi mengikut harga lama.
Minyak masak jenis Avena dan Econsave seberat 5kg, misalnya, dijual dengan harga RM13.35; Seri Murni 2kg (RM6.25); Knife botol 1kg (RM3.60); Buruh botol 1 kg (RM3.30) dan Vesawit botol 1kg (RM3.20).
Katanya, terdapat lebih daripada 10 cawangan Econsave di negeri ini, namun serbuan sejak beberapa hari lalu, menyebabkan berlaku kekurangan stok bahan bersubsidi itu.
Baca seterusnya di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/03/econsave-diserbu/
No comments
Post a Comment