NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dzulkifli tekad terus perangi rasuah

"Buat mereka yang masih mabuk kuasa dan lemas dalam suapan, dengarkanlah laungan amaran ini. Buat kali yang sekiannya, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan rasuah dan salah guna kuasa. Tunduk dan menyerahlah."
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, hari ini menyatakan tekad untuk terus memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. 

Dalam "Warkah Terbuka" sempena 100 hari menerajui suruhanjaya itu, Dzulkifli mengingatkan semua peringkat dari ibu bapa sehingga pengurusan tertinggi negara untuk memerangi jenayah itu. 

Beliau memberi amaran yang SPRM akan terus memerhati dan bertindak ke atas perasuah tanpa rasa takut dan gentar. "Buat mereka yang masih mabuk kuasa dan lemas dalam suapan, dengarkanlah laungan amaran ini. 

Buat kali yang sekiannya, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan rasuah dan salah guna kuasa. "Tunduk dan menyerahlah. 

Janganlah terus dangkal mendabik dada, kelak terancam nyawa dan raga, tersembam rebah ditimpa bala," katanya pada Perhimpunan Khas Sempena 100 Hari Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/210563

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo