"Kedai ni santai. Makanan pun boleh ditambah dengan percuma. Ia sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang di mana harga untuk semua benda naik. Kalau nak jimat, makanlah di sini,"SETIU: Bayar sekali, makan sampai kenyang. Itulah konsep berniaga sambil beramal yang diperkenalkan seorang usahawan di Terengganu bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.
Menurut pemilik kedai Layan Sampai Kenyang, Nur Hafizah Ghazali, setiap juadah seperti cendol, pasembor, laksa dan nasi goreng ikan rebus boleh dinikmati pada harga antara RM2 hingga RM5.
Beliau berkata, walaupun berdepan isu kenaikan harga minyak masak serta pelbagai barangan lain, perniagaan yang diuruskannya tetap menjana keuntungan.
"Mula-mula saya ada juga berfikir, dengan konsep ini, boleh ke dapat keuntungan? Tetapi Alhamdulillah, setakat ini, memang boleh dibuat," katanya.
Tambahnya, beliau bersyukur perniagaan restoran yang diusahakannya bersama keluarga di Kampung Bari Kecil di Setiu sejak sebulan lalu itu setakat ini berjaya menarik ramai pengunjung.
Pelanggan sambut baik konsep
Sementara itu, kalangan pelanggan yang ditemui menyambut baik konsep yang diperkenalkan.
Selain harga yang murah, makanan yang dihidangkan juga menyelerakan.
Justeru mereka berharap konsep restoran berkenaan akan menjadi contoh kepada peniaga lain yang sering mencari alasan untuk menaikan harga makanan di premis mereka.
Baca selanjutnya di: http://www.astroawani.com/gaya-hidup/bayar-sekali-makan-sampai-kenyang-121686
No comments
Post a Comment