Mencari hotel bajet yang baik di tempat yang asing bagi kita bukanlah perkara yang mudah
Siapa yang tidak mahu tinggal di hotel yang mewah dan selesa apabila bercuti tetapi bukan semua yang mampu untuk berbuat demikian. Jadi pilihan yang sesuai adalah dengan menempah bilik di hotel bajet. Mencari hotel bajet yang baik di tempat yang asing bagi kita bukanlah perkara yang mudah dan ini boleh menjadikan kita sedikit tertekan dalam membuat keputusan.
Bagi membantu anda mengurangkan tekanan ini, mari Libur berikan beberapa tip yang berguna untuk anda cuba.
1. Cari melalui laman web untuk mendapatkan harga yang terbaik
Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Taip sahaja 'hotel bajet', ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.
Laman web seperti Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.
2. Kos tersembunyi (hidden cost)
Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti ini '*' atau '**' di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatan kelak.
Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.
Baca selanjutnya:
http://libur.karangkraf.com/intip-destinasi/8-perkara-perlu-anda-fikir-sebelum-menempah-hotel-bajet-1.579715
No comments
Post a Comment