NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ratusan tong gas jatuh atas lebuh raya


Kira-kira 200 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai lebih RM20,000 terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 274.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Seremban


SEREMBAN - Kira-kira 200 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai lebih RM20,000 terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 274.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini pagi ini.

Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera,manakala dua buah kereta mengalami kerosakan kerana dipercayai terlanggar tong gas terbabit.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Faizal Ahmad berkata, pemandu lori berkenaan memaklumkan tong gas yang dibawanya terjatuh sewaktu dia cuba mengelak sebuah kenderaan lain di lebuh raya itu.

"Pemandu itu kata dia cuba mengelak kenderaan di hadapannya. Impak dari situasi itu menyebabkan tong gas yang dibawanya terjatuh atas lebuh raya.

"Seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC cedera kerana terjatuh dari motosikalnya. Bahagian depan dua buah kereta turut mengalami kerosakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Faizal berkata, penunggang motosikal yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran oleh orang ramai, manakala pemandu lori dan kereta terlibat tidak mengalami kecederaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.50 pagi dan seramai tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan memberi bantuan.

"Siasatan kami mendapati tiada sebarang kebocoran pada tong gas terbabit dan pemilik lori itu memaklumkan sebuah lori lain akan mengambil tong gas yang terjatuh itu," katanya. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz4OReYqXvu
Hakcipta terpelihara

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo