NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pembangkang Keluar Dewan Kerana Dakwa Bajet 2017 Tidak Realistik

Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana?
KUALA LUMPUR: Tindakan sebahagian wakil rakyat pembangkang keluar dari Dewan Rakyat kerana menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak realistik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ia adalah bajet yang tidak dapat dipenuhi kerajaan dan ia dilaksanakan untuk 2017.

"Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi duitnya, hutangnya di mana?"

"Apa yang bersandiwara? Bukan kami. Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini, petang Jumaat.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib sepatutnya memberi penjelasan berhubung Bajet 2017 supaya rakyat yakin intipatinya dapat dilaksanakan.

"Saya pernah berada dalam kerajaan dahulu, semasa pembentangan Bajet di parlimen, ada sejumlah besar diperuntukkan. Tapi bila nak mohon bajet, ada banyak saringan, akhirnya tidak diberikan kepada kementerian.

"Saya percaya, hasil negara tidak dapat menampung sejumlah besar perbelanjaan dan tanggungan kerajaan," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, katanya tindakan keluar dari Dewan Rakyat itu bukan tanda memboikot Bajet 2017.

"Kita tidak akan dengar apa-apa yang sia-sia," dakwa Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah).

Najib dalam pembentangan Bajet 2017 ada menyebut mengenai tuduhan bahawa bajet itu sebagai satu 'sandiwara' yang dikatakan sekadar janji dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.

"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini. Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya?," ujar Najib.

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/10/21/pembangkang-anggap-bajet-tak-realistik/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo