NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang Kedua Air Pasang Besar Diramal Bulan Depan

Kesedaran dan langkah awal masyarakat untuk berpindah lebih awal di pusat pemindahan sekiranya diminta pihak berkuasa adalah penting untuk memastikan keselamatan nyawa mereka dan keluarga terjamin
MELAKA, 19 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena air pasang besar gelombang kedua dijangka melanda negara ini antara 13 hingga 17 Nov depan, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata paras kenaikan air pada gelombang kedua berkenaan dijangka tidak setinggi gelombang pertama yang sedang berlaku antara 16 Okt hingga hari ini namun ramalan berkenaan tidak boleh dipandang mudah.

"Kesedaran dan langkah awal masyarakat untuk berpindah lebih awal di pusat pemindahan sekiranya diminta pihak berkuasa adalah penting untuk memastikan keselamatan nyawa mereka dan keluarga terjamin"

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1293280

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo