Saya terbaca kenyataan balas oleh pihak G25 dalam laporan media yang menjadi penjajanya dengan penuh rasa kesal terhadap pihak berkuasa membiarkan perbincangan berkenaan Islam oleh mereka yang sangat jahil dan bebal berkenaan Islam, sehingga menjadikannya laksana menyerah bunga yang cantik ke tangan kera yang tidak mengetahui nilai dan cantiknya bunga itu.
Keindahan dan kesempurnaan Islam daripada Allah yang Maha Suci daripada sifat kekurangan sepatutnya tidak boleh dibiarkan kepada makhluk perosak seperti itu, walaupun dikatakan berpelajaran, tetapi akalnya terkecil daripada ijazahnya.
Lebih parah apabila jahilnya murakkab, yang tidak tahu dirinya jahil tetapi menganggap dirinya tahu segala-galanya, termasuk perkara Islam yang sangat luas ilmunya.
Kalau hal kejadian dirinya sendiri, mereka tidak tahu secara terperinci, maka jangan berlagak tahu dalam urusan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijak tiada bandingan dan tandingan, ilmu-Nya tiada penghujung dan garis penamat. Inilah keyakinan dan keimanan penganut Islam, kalau mereka adalah penganut Islam.
Firman Allah:
﴿ŁُŁ ŁَّŁۡ ŁَŲ§Łَ Ł±ŁۡŲØَŲۡŲ±ُ Ł
ِŲÆَŲ§ŲÆٗŲ§ ŁِّŁَŁِŁ
َٰŲŖِ Ų±َŲØِّŁ ŁَŁَŁِŲÆَ Ł±ŁۡŲØَŲۡŲ±ُ ŁَŲØۡŁَ Ų£َŁ ŲŖَŁŁَŲÆَ ŁَŁِŁ
َٰŲŖُ Ų±َŲØِّŁ ŁَŁَŁۡ Ų¬ِŲ¦ۡŁَŲ§ ŲØِŁ
ِŲ«ۡŁِŁِŪ¦ Ł
َŲÆَŲÆٗŲ§ ﴾ Ų§ŁŁŁŁ.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan” (Surah Al-Kahfi: 109)
Kalau mereka itu bukan Islam, maka tidak layak bercakap berkenaan Islam, kerana mereka sendiri tidak percaya kepada Islam. Namun penjelasan wajib dinyatakan, bukan sahaja daripada aspek perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia dengan izin Allah tetapi menjelaskan ajaran Islam yang sebenarnya.
Jangan perkara di luar kemampuan manusia hendak diharungi juga, akibatnya tenggelam dalam kesesatan. Maka tidak diizinkan oleh Allah kerana sayang dan rahmat-Nya kepada manusia supaya tidak menjahanamkan diri sendiri.
Lebih parah lagi apabila mereka memperkenalkan tasawur Islam dengan wajah yang salah, bukan sahaja berdepan dengan manusia, bahkan akan mengadap Allah pada akhirnya, walaupun seorang raja yang pernah menakluk dunia.
Perhatian juga perlu dilihat terhadap pihak media yang menjadi jurujual kepada ajaran yang sesat dan menyesatkan ini, dengan memberi tempat kepada kumpulan itu, akibatnya memikul dosa yang sama dan terjerumus dalam kesalahan yang sama.
Apabila mereka menegaskan konsep kehidupan manusia tidak boleh dicampur dalam urusan agama kerana agama itu urusan Tuhan, maka jelas terang lagi bersuluh bahawa mereka telah beriman kepada Kitab Injil yang telah diubah daripada ajaran Nabi Isa A.S. mengikut catatan para paderi yang mengubah kitab Allah:
25, He said to them, “Then give to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.”
Ayat ini bukan daripada Kitab Injil yang sebenarnya dan lebih lagi bukan daripada Al-Quran yang menjadi kitab suci umat Islam.
Mereka tidak boleh meletakkan kedudukan Islam mengikut kitab Injil yang salah ini. Mereka telah merosakkan Kitab Tuhan yang satu sahaja dan dipecah menjadi beberapa kitab yang direka cipta sendiri sehingga mengelirukan.
Kenyataan tersebut menunjukkan mereka sebenarnya buta Al-Quran. Bagi penganut Islam adalah lebih besar bahaya daripada buta huruf. Kebutaan yang nyata lagi bersuluh, apabila mereka menegaskan seolah-olah dalam Al-Quran itu perkara agama sahaja, tidak ada perkara dunia.
Sedangkan hakikatnya Al-Quran mendedahkan ilmu Allah yang tidak terhingga melangkaui di luar alam bumi, dan lebih jauh daripada alam langit dan angkasa lepas, daripada dunia sehingga akhirat dan alam ghaib di luar kemampuan akal dan pancaindera manusia.
Para saintis daripada negara barat bukan Islam yang mengkaji terjemahan Al-Quran secara mendalam, sudah ramai yang mengakui kebenaran mengenai angkasa lepas yang disebut oleh Al-Quran.
Ramai ilmuwan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang bertaraf dunia menjadikan Al-Quran sebagai rujukan penting. Ahli ekonomi berhempas pulas mencipta teori yang gagal kerana meninggalkan Al-Quran. Tiba-tiba kamu yang terkurung di bawah tempurung Malaysia memperkecilkan ilmu Al-Quran?
Al-Quran mewajibkan umat Islam menegakkan negara yang menjadi konsep memperhambakan diri kepada Allah dengan menjadi hamba Allah bukan rakyat Allah, dan diperintah mentadbir bumi ini.
Kalau kerajaan yang ada ketua negara, raja atau presiden tidak boleh diperbodohkan supaya mereka sendiri mencangkul tanah dan menangkap pencuri, sehingga tidak perlu kepada jentera kerajaan, pegawai yang mengurus dan pasukan menjaga keselamatan kerana mengakibatkan rakyat hanya berpeluk tubuh dan menjadikan dunia berpusing lintang pukang, maka kerajaan Allah yang punya kehebatan Islam yang tiada bandingan menetapkan makhluk adalah hamba-Nya bukan memperhambakan Tuhannya. Oleh itu, semua kerajaan dunia adalah hamba Allah yang berada di bawah ketuhanan-Nya. Inilah ajaran Islam.
Islam tetap berpegang kepada konsep tidak ada paksaan dalam perkara agama terhadap penganut agama lain dalam aspek amalan agama masing-masing. Adapun dalam aspek kehidupan bermasyarakat, maka kedaulatan undang-undang adalah memayungi semua tanpa mengira agama, termasuk perkara yang tidak disebut dalam Al-Quran.
Contohnya, undang-undang lalu lintas di jalan raya, undang-undang kesopanan kemanusiaan, undang-undang keselamatan dan keamanan negara dan rakyat adalah termasuk dalam prinsip dan konsep umum yang dinyatakan oleh Al-Quran. Maka bagi penganut Islam percaya bahawa Allah memberi pahala kepada orang yang beriman yang terlibat menjaganya. Bagi manusia seperti kamu menganggap tidak ada pahala kerana ini bukan urusan Tuhan.
Padahalnya Islam meletakkan perkara dunia juga adalah urusan agama yang diperintah oleh Allah, kerana seluruh alam berada di bawah kerajaan Allah yang diucapkan oleh semua penganut Islam yang mendirikan solat, bukannya melakukan solat seperti orang munafik atau tidak pernah solat seperti orang kafir.
Islam menegaskan bahawa manusia yang memberi minuman kepada anjing dahaga mendapat pahala dan menanam pokok juga mendapat pahala. Begitulah Islam mengajar penganutnya diberi pahala kalau ada iman bagi semua amalan baik terhadap sesama makhluk, maka jangan kamu burukkan imej Islam yang sempurna ini.
Islam tidak boleh didefinisikan dengan perkataan ‘religion’ atau perkataan agama yang terbatas maksudnya mengikut istilah lain daripada Bahasa Al-Quran, yang meletakkkan agama itu hanya hubungan dengan Tuhan sahaja.
Islam itu adalah Al-Din mengikut Bahasa Al-Quran, bermaksud hubungan manusia dengan Tuhan dan makhluk lain yang ada kaitan dengan kehidupan dan peranan manusia yang berakal dan bermasyarakat, punya roh dan jasad, serta ditugaskan oleh Allah supaya mentadbir bumi dan memakmurkannya dengan petunjuk Allah dan kemampuan diri manusia sendiri.
Maka Islam dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah mengikut makna yang sebenar mengikut ilmu Islam, bukannya maksud dalam bahasa lain atau mengikut ilmu dan kitab suci bukan Islam. Tafsiran penjajah dahulu yang menghina Islam dan merampas kuasa raja-raja, tidak boleh lagi dipakai kerana kita sudah merdeka.
Sebenarnya penjajah dahulu meninggalkan bom jangka setelah mereka gagal memurtadkan umat Islam di zaman sebelum merdeka. Sepatutnya kita membersihkan negara daripada bom jangka yang ditinggalkan.
Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Ahli Suruhanjaya Reid ialah Sir Ivor Jennings (British), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan).
Surahanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan dibentuk oleh penjajah dahulu, tidak ada seorang pun anggotanya daripada rakyat negara ini yang beragama Islam dan berilmu Islam. Walaupun dua orang anggotanya bernama Islam yang dilantik oleh penjajah tetapi berfikiran sama dengan penjajah dan bukan ahli dalam hukum Islam.
Ilmu Islam hendaklah dirujuk kepada sumbernya sendiri, sama ada dalam perkara nas daripada Al-Quran dan Sunnah atau ijtihad yang tidak ada nas, namun mempunyai syarat-syarat yang tersendiri.
Tindakan menerima pandangan bukan Islam terhadap Islam adalah satu kebebalan walaupun berijazah, menandakan akalnya lebih kecil daripada ijazahnya.
Negara umat Islam kini tidak boleh menjadi model hukum Islam walaupun bangsanya Arab, selagi masih terkongkong dengan pengaruh Barat yang pernah menjajah biarpun dikatakan sudah merdeka, tetapi akalnya masih dijajah sama ada bekas jajahan British, Perancis dan lain-lain.
Negara contoh itu rajanya tidak berperlembagaan, berkuasa mutlak, harta negara hartanya dan rakyatnya menyembah dengan rukuk seperti solat, cara yang diharamkan oleh Islam.
Islam menegaskan konsep tiada paksaan dalam menganut Islam, tetapi apabila seseorang itu menganut Islam, tidak boleh disamakan dengan takrif yang difahami oleh agama lain yang tiada konsep negara dalam ajarannya, kerana kesempurnaan Islam itu melibatkan negara, bukan sahaja individu yang murtad.
Apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah bermakna dia telah berjanji menyerah dirinya kepada Allah dan diikat dengan ikatan yang kukuh termasuk dalam aspek keselamatan negara.
Kalau kerajaan manusia seperti komunis yang tidak percaya kepada Tuhan atau negara sekular demokrasi yang masih beragama, sangat keras hukumannya terhadap pengkhianat terhadap ideologi negaranya sendiri, tiba-tiba Islam ini dianggap lebih lemah daripada sarang labah-labah sehingga tidak mampu menegakkan kebenaran dan keadilan Allah.
Adapun komunis yang zalim dan sesat itu diberi kuasa menegakkan kezaliman dan kesesatannya yang merosakkan. Sedangkan Islam tetap adil termasuk dalam perkara kesalahan murtad yang bukan boleh dihukum sewenang-wenangnya, bahkan memerlukan proses kehakiman Islam yang lebih lengkap daripada yang lain.
Kalaulah memberi lesen senjata api kepada perompak di atas nama kebebasan dan hak asasi manusia adalah urusan paling bodoh. Maka lebih bodoh lagi memberi hak kebebasan bersuara menyatakan Islam kepada makhluk perosak yang tidak kenal Islam keseluruhannya, kerana merosakkan Islam lebih parah daripada merosakkan manusia.
Jangan rendahkan martabat para mufti, penasihat agama raja-raja, jentera kerajaan yang benar-benar mendalami lapangannya, dan ilmuwan undang-undang barat yang menghabiskan umur dalam jurusannya yang menjadi penasihat undang-undang selama ini. Mereka mempelajari ilmu barat bukan mengikut pengaruh penjajah itu, maka jangan dianggap bodoh berpayungkan bebal apa itu Islam dan tidak faham Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah kumpulan G25 itulah yang sebenarnya faham perlembagaan negara dan tahu Islam setahu-tahunya.
Kita pernah berdepan dengan peristiwa kumpulan Al-Maunah yang kuat berzikir tetapi tidak feqah agama yang menyerang kem tentera negara sendiri, dianggap membahayakan nyawa manusia.
Sebenarnya kumpulan ini dan segala gerombolannya lebih berbahaya daripada kumpulan Al-Maunah kerana ancamannya terhadap akal apabila akalnya tidak berpandukan syariat Kitab Allah dan membahayakan akidah umat Islam yang terbawa akibatnya sehingga selepas meninggal dunia.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 21 Jamadil Awal 1441 / 17 Januari 2020
No comments
Post a Comment