Bernas dalam kenyataannya berkata, penurunan itu selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam, selain meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
“Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bernas akan melaksanakan penurunan harga Beras Putih Import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, berkuatkuasa 1 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Bernas, pelarasan harga ini sejajar dengan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (ASD) dan didorong oleh faktor penurunan harga semasa pasaran beras dunia ekoran penarikan balik larangan eksport serta pemansuhan duti eksport bagi beras putih bukan basmati oleh kerajaan India baru-baru ini.
Bernas, pada Mac 2024 telah menurunkan harga BPI daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik di Semenanjung Malaysia, walaupun pada masa itu trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas.
Ia jelas membuktikan komitmen Bernas yang sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pemain industri bagi menjamin ketersediaan produk dan mendokong agenda keterjaminan makanan.
Pada masa ini, Malaysia masih kekal menawarkan harga import beras terendah di rantau Asia Tenggara.
Tambahnya, Bernas akan terus mengamalkan pendekatan proaktif dalam memantau keadaan pasaran global dan menyesuaikan harga mengikut keperluan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment