Mahathir yang baru dilantik sebagai penasihat Putra berkata,, beliau mendapati kedudukan orang Melayu ketika ini lebih banyak masalah berbanding kaum-kaum lain.
“Parti ini cuma alat sahaja, perjuangan ini untuk orang Melayu. Kita berjuang bukan kerana perkauman (tetapi) kita perlu melihat supaya orang Melayu dapat bahagian mereka di negara ini.
“Jika dulu kita menguasai politik, memimpin kerajaan, tetapi hari ini (parti) UMNO jadi parti kecil dan kena ikut orang lain, musuh mereka (dan) tak boleh berjuang untuk orang Melayu kerana mesti ambil kira pandangan orang lain,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat Putra di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai penyertaan Putra dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal diadakan pertengahan tahun ini, Mahathir berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Putra. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment