NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trak 'hantu' drebar orang luar

PEMANDU  warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.
PEMANDU warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.

Cameron Highlands: Guna berpuluh kenderaan 'hantu' tanpa geran pendaftaran, dipasang tayar botak, brek tidak berfungsi dengan baik selain kenderaan diubah suai tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa.

Itu antara kesalahan dikesan dilakukan pemandu warga asing dan tempatan mendominasi laluan utama sepanjang pusat peranginan di sini, untuk mengangkut barangan berasaskan pertanian.

Malah, upah lebih murah dalam kalangan pekerja warga asing menyebabkan sebahagian besar majikan di daerah ini memilih menggaji pekerja luar berkenaan untuk membawa kenderaan pacuan empat roda atau lori.

Wartawan Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan di kawasan itu mendapati cara pemanduan kenderaan dikendali pekerja warga asing berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Tanpa memiliki Lesen Vokasional (GDL) bagi membawa kenderaan komersial, pemandu warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.

Kenderaan dibenarkan dipasang palang oleh pihak berkuasa setinggi 0.6 meter diubah suai dengan palang lebih tinggi bagi membolehkan mereka mengangkut hasil tani berlebihan.

Sumber berkata, pekerja warga asing ini pada asalnya dibawa masuk ke sini untuk bekerja sebagai buruh di ladang sayur milik majikan.

"Namun ada majikan tempatan mahu berjimat. Mereka mengarah pekerja warga asing terbabit membuat semua kerja lain termasuk membawa kenderaan komersial dan menghantar hasil tani walaupun menyedari perbuatan itu salah.

"Lebih licik apabila ada pekerja warga asing yang dikesan sengaja mengambil lesen memandu kelas D sebelum digunakan untuk memandu lori sayur. Mereka sepatutnya memiliki lesen GDL iaitu lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori.

UPAH lebih murah menyebabkan majikan memilih menggajikan pekerja warga asing.
UPAH lebih murah menyebabkan majikan memilih menggajikan pekerja warga asing.

"Mereka ini (pekerja warga asing) tidak takut (diambil tindakan undang-undang) kerana sudah lama tinggal di sini. Agak menakutkan apabila mereka bermaharajalela di atas jalan tanpa asas pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pemanduan kenderaan berat," katanya.

Sumber berkata, ada kenderaan digunakan tiada perlindungan insurans, cukai jalan selain nombor pendaftaran dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Mereka ini bebas berkeliaran memandu kenderaan berat, membawa kenderaan lebih muatan selain diubahsuai secara keterlaluan.

"Malah di kawasan Kampung Raja, di sini, aktiviti ini dimonopoli seorang penduduk tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

"Dalang ini turut terbabit dalam perniagaan dan bebas menggunakan kenderaan tidak berdaftar dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Tambah sumber itu lagi, kenderaan tanpa identiti ini digunakan sewenang-wenangnya di atas jalan raya tanpa rasa gusar terhadap tindakan undang-undang.

"Malah, mereka dipercayai mempunyai rangkaian dan saling bertukar maklumat jika menyedari pihak berkuasa ingin melakukan serbuan atau operasi. Mereka akan segera memaklumkannya kepada rakan-rakan lain melalui kumpulan WhatsApp," katanya.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo