NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan kekal di Arau


ARAU:
Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan raya Umum ke-15 (PRU-15).

Meskipun bertanding atas tiket Perikatan nasional (PN), Shahidan dilihat selesa mendahului dua pencabar di kerusi dimenanginya sejak 2013 itu dengan majoriti 23,216 undi.

Shahidan memperoleh 31,458 undi menewaskan calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang memperoleh 8,242 undi serta calon Pakatan Harapan (PH), Fatin Amelina Fazlie dengan 7,089 undi.

Selain Parlimen Arau, PN turut menyapu bersih lima kerusi DUN dalam kawasan itu iaitu Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji, Simpang Empat dan Sanglang.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pernah memenangi kerusi Parlimen Arau pada 1986 dan 1990, sebelum beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang antara 1995 hingga 2008.

Selepas jawatan beliau selaku Menteri Besar Perlis digantikan dengan Datuk Seri Md Isa Sabu, Shahidan kembali bertanding di Parlimen Arau sejak 2013.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo