KUALA NERUS: UMNO Terengganu tetap dengan keputusan untuk menolak sebarang bentuk jalinan kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya telah memberi ruang kerjasama kepada parti berkenaan untuk ke arah itu.
Pendirian Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sekali gus menggambarkan pintu kerjasama itu tertutup sepenuhnya.
"Tiada dah, kita sudah bagi ruang, saya menangis sudah hari itu.
"Saya ini kalau lembut, lembut sangat. Saya ini kabo sokmo (selalu beritahu). Ular tedung kalau pandai bukan boleh gosok (sapu), kepala ular boleh cium. Kepala ular dah main tepuk, minta maaflah," katanya.
Sebelum ini, Pas Terengganu cuba untuk meneruskan kerjasama MN dengan UMNO, namun menemui jalan buntu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata sebelum ini pihaknya sudah mengatur dua pertemuan namun gagal.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment