Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Gambar fail) |
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahahawa beliau memahami politik Sabah dengan baik kerana beliau telahpun berkecimpung dengan politik negeri itu lebih 40 tahun.
Oleh sebab itu beliau berkata, dia amat memahami sensitiviti dan perbezaan rakyat Sabah dengan baik.
“Untuk mengatakan saya tigak memahami politik Sabah itu tidak betul juga. Ketika saya Perdana Menteri, saya tubuhkan sebuah kementerian khas untuk Sabah dan Sarawak dan menangani isu utama yang memenuhi keperluan di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas laporan media mengenai kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor yang menolak pandangan Muhyiddin mengenai pembahagian kerusi di Beluran dan berkata bahawa politik di Sabah sedikit berbeza dan unik.
Sementara itu ketika mempertahankan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang bertanding di Parlimen Beluran di bawah tiket PN, Muhyiddin berkata keputusan itu adalah adil dan munasabah.
“Kita perlu menyelamatkan beliau (Ronald) daripada semua layanan yang beliau terima di Sabah dengan menawarkan beliau tiket PN dan beri beliau peluang untuk bertanding. Saya rasa saya bertindak dengan adil dan munasabah untuk mempertahankan bukan sahaja kedudukan Ronald, tetapi juga kedudukan PN,” katanya.
Ronald digugurkan daripada barisan calon GRS yang dikemukakan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Beluran, beliau yang merupakan penyandang kerusi tersebut di bawah PN, dicabar empat calon lain iaitu Benedict Asmat (BN), Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang (PH).
GRS yang terdiri daripada Bersatu, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan USNO, bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri itu; bagaimanapun, Bersatu, STAR dan SAPP, bersama PAS dan Gerakan, merupakan parti komponen yang membentuk gabungan PN.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment