NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat jangan lupa episod hitam PH memerintah


BANGI, 24 Rabiulakhir 1444H, Sabtu
– Episod hitam Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir kerajaan dalam tempoh 22 bulan perlu dijadikan sandaran pengundi dalam memilih calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, rakyat khususnya orang Melayu merasai bagaimana kepentingan dan kebajikan mereka diabaikan selepas gabungan itu menang PRU14 pada 2018.

“Itu perlu dijadikan satu sandaran. Walaupun calon yang dikemukakan calon Melayu, mereka (pengundi) perlu berhati-hati kerana alternatif calon-calon lain masih ada.

“Pilihlah calon-calon Melayu lain yang mungkin boleh bawa perubahan juga,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai strategi parti tamak haloba DAP menampilkan lebih ramai calon Melayu untuk meraih undi pada PRU15 ini.

Dalam pada itu, Ahmad Martadha meminta pengundi bijak membuat pilihan dan tidak hanya melihat kepada calon semata-mata bahkan parti diwakili serta mengkaji kesan sekiranya seseorang calon itu dilantik sebagai wakil rakyat.

Apa lagi mustahak, pengundi perlu menghayati dan memahami terlebih dahulu ke mana hala tuju dan perjuangan parti tersebut, walaupun mereka cuba menonjolkan calon Melayu.

Selain itu, pengundi juga dinasihat mengenepikan mana-mana calon yang tiada integriti serta kebolehan dalam menunaikan tanggungjawab ataupun amanah dengan baik.

“Pastikan pemilihan calon itu dibuat dengan bijaksana dan berhati-hati.

“Pilih calon yang boleh mendukung apa juga perubahan seperti memakmurkan ekonomi, kerajaan yang dilantik boleh memastikan program atau dasar bagi mengurangkan tekanan masyarakat akibat peningkatan kos sara hidup serta pemantapan tadbir urus baik dalam kerajaan.

“Ini perlu menjadi asas kepada mana-mana pengundi dalam memilih supaya calon yang mereka pilih itu mampu untuk menunaikan tanggungjawab seperti yang diinginkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo